suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Terbuka Jepun: Chong Wei Tempah Slot Separuh Akhir

KUALA LUMPUR: Jaguh badminton negara, Datuk Lee Chong Wei meneruskan kecemerlangan pada Kejohanan Terbuka Jepun apabila berjaya menempah slot ke separuh akhir.

Pada saingan suku akhir di Tokyo Metropolitan Gymnasium pada Jumaat, pemain perseorangan lelaki nombor satu dunia itu hanya mengambil masa 32 minit untuk menumpaskan Jun Takemura dari Jepun dengan kemenangan 21-10 dan 21-11.

Chong Wei, 31, yang juga pemain pilihan utama kejohanan, bagaimanapun dijangka berdepan tentangan sengit daripada pemain Vietnam, Nguyen Tien Minh pada saingan separuh akhir pada Sabtu.

Nguyen, pilihan kelima kejohanan, mara ke separuh akhir selepas menundukkan Ajay Jayaram dari India, 21-18 dan 21-13 dalam satu lagi aksi suku akhir.

Dua wakil negara iaitu beregu wanita Ng Hui Lin dan Ng Hui Ern serta beregu campuran, Chan Peng Soon dan Goh Liu Ying gagal meneruskan kemaraan ke peringkat suku akhir selepas terkandas kepada lawan masing-masing pada pusingan kedua pada Khamis.

Persatuan Badminton Malaysia (BAM) tidak menghantar wakil dalam acara beregu lelaki serta perseorangan dan beregu wanita pada kejohanan Siri Super yang menawarkan hadiah wang tunai keseluruhan berjumlah US$200,000 (RM646,754). - BERNAMA

Artikel Lain