suria

Piala Liga: City Tersingkir Selepas Tewas Kepada Aston Villa

Bintang Aston Villa, Agbonlahor menjaringkan dua gol ketika menentang Man City dalam aksi Piala Liga, Rabu.
Bintang Aston Villa, Agbonlahor menjaringkan dua gol ketika menentang Man City dalam aksi Piala Liga, Rabu.
Bintang Aston Villa, Agbonlahor menjaringkan dua gol ketika menentang Man City dalam aksi Piala Liga, Rabu.

JUARA Liga Perdana Inggeris (EPL) musim lalu menerima kejutan selepas tersingkir pada aksi Piala Liga pusingan ketiga apabila tewas 2-4 kepada Aston Villa, awal pagi Rabu.

Penyerang sensasi City, Mario Balotelli akhirnya menjaringkan gol pertama musim ini selepas tujuh perlawanan pada minit ke-27, namun Gareth Barry melakukan kesilapan dengan menjaringkan gol sendiri sekaligus kedudukan terikat 1-1 pada minit ke-59.

Aleksandr Kolarov menambah jaringan kepada pasukan kendalian Roberto Mancini ini, tetapi Gabby Agbonlahor mengikat kedudukan, 20 minit sebelum perlawanan tamat.

Pemain-pemain Aston Villa tampil agresif beraksi di Stadium Etihad apabila Agbonlahor sekali lagi menyumbat gol terakhir City pada masa tambahan selepas Charles N'Zogbia menyumbat gol ketiga skuad Paul Lambert ini.

Senarai pemain:

Manchester City: Pantilimon, Kolarov, K. Toure, Nastasic, Milner, Rodwell, Barry, Razak, Suarez, Tevez, Balotelli

Aston Villa: Given, Lowton, Vlaar, Clark, Bennett, El Ahmadi, Delph, N’Zogbia, Agbonlahor, Weimann, Benteke.

Artikel Lain