KUALA TERENGGANU: Majlis Sukan Negeri Terengganu (MSNT) telah diminta mengenal pasti kawasan di sekitar bandar ini untuk dijadikan tapak pembinaan asrama khusus untuk atlet di negeri ini.Pengarah MSNT Zainal Abidin Hassan berkata bagaimanapun kos dan maklumat terperinci mengenai asrama itu masih belum ditentukan oleh kerajaan negeri. Sambil menyambut baik langkah kerajaan negeri untuk membina asrama atlet itu, beliau berkata langkah itu akan menjimatkan kos MSNT untuk menyewa tempat setiap kali adanya kejohanan.Sempena majlis penyampaian insentif khas Olimpian anak Terengganu London 2012 Selasa lepas, Menteri Besar Datuk Seri Ahmad Said berkata kerajaan negeri akan membina asrama khusus untuk atlet.Dalam pada itu, Zainal Abidin berkata MSNT juga telah diberi ruang oleh kerajaan negeri untuk mencari jurulatih berwibawa termasuk dari luar negara dalam usaha untuk meningkatkan prestasi sukan di negeri ini.-BERNAMA