suria

GP Bahrain: Vettel Gah di Litar Sakhir

Juara GP Bahrain, Vettel (tengah) bersama pemenang tempat kedua, Raikkonen (kiri) dan ketiga, Grosjean.
Juara GP Bahrain, Vettel (tengah) bersama pemenang tempat kedua, Raikkonen (kiri) dan ketiga, Grosjean.
Juara GP Bahrain, Vettel (tengah) bersama pemenang tempat kedua, Raikkonen (kiri) dan ketiga, Grosjean.

JUARA dunia dua kali, Sebastian Vettel menjuarai Formula Satu (F1) Grand Prix Bahrain yang berlangsung dengan lancar di Litar Sakhir pada Ahad.

Vettel yang bermula dari petak utama buat kali pertama musim ini mendahului dari awal hingga tamat perlumbaan.

Sementara itu pelumba Lotus-Renault, Kimi Raikkonen yang berusaha keras memperbaiki kedudukannya selepas bermula dari petak ke-11 untuk menamatkan perlumbaan 3.3 saat di belakang Vettel untuk menaiki podium pertamanya sejak kembali menyertai perlumbaan F1 musim ini.

Rakan sepasukan Raikkonen, Romain Grosjean menduduki tempat ketiga, diikuti rakan sepasukan Vettel dalam pasukan Red Bull, Mark Webber di kedudukan keempat.

GP Bahrain sebelum itu dibayangi kekacauan hampir sepanjang minggu antara polis anti-rusuhan dan penunjuk perasaan anti-kerajaan negara itu, tetapi berjaya dilangsungkan tanpa sebarang kekacauan.

Perlumbaan berjalan lancar ekoran kawalan keselamatan yang ditingkatkan menjelang perlumbaan.

Kedudukan pasukan selepas GP Bahrain:

1. Red Bull Racing-Renault 101 mata

2. McLaren-Mercedes 92

3.Lotus-Renault 57

4.Ferrari 45

5.Mercedes 37

6.Sauber-Ferrari 31

7.Williams-Renault 18

8.Force India-Mercedes 17

9.STR-Ferrari 6

10.Marussia-Cosworth 0

11.Caterham-Renault 0

12.HRT-Cosworth 0

Kedudukan pemandu selepas GP Bahrain:

1.Sebastian Vettel-German (Red Bull Racing-Renault)53 mata

2. Lewis Hamilton- Britain (McLaren-Mercedes) 49

3. Mark Webber - Australian (Red Bull Racing-Renault) 48

4. Jenson Button- Britain (McLaren-Mercedes) 43

5.Fernando Alonso -Sepanyol (Ferrari) 43

6. Nico Rosberg - Jerman (Mercedes) 35

7.Kimi Räikkönen -Finland (Lotus-Renault) 34

8. Romain Grosjean- Perancis (Lotus-Renault) 23

9. Sergio Perez- Mexico (Sauber-Ferrari) 22

10.Paul di Resta-Britain (Force India-Mercedes) 15

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain