suria

KL Dragons Capai Kemenangan Kelima Dalam Liga ABL

Pemain Malaysia Dragon, Brian Williams (jersi putih) cuba melepasi halangan pemain Singapura Slingers bagi menjaringkan bola ketika beraksi dalam perlawanan Pertandingan Liga Bola Keranjang AirAsia Asean di Stadium MABA di sini, Ahad. Foto: BERNAMA

KUALA LUMPUR: Pasukan kelab profesional negara, Westports Malaysia KL Dragons mencapai kemenangan kelima pada Liga Bola Keranjang ASEAN (ABL) musim ini dengan mengatasi Jobstreet.com Singapore Slingers 86-71 di Stadium MABA, di sini, Ahad.

Dua pemain import dari Amerika Syarikat, Tires Jamaal Wade dan Brian Michael Williams menjadi wira KL Dragons apabila masing-masing menjaringkan 34 dan 30 mata untuk mencapai kemenangan itu.

Jurulatih KL Dragon, Ariel Vanguardia memuji prestasi cemerlang anak buahnya untuk memenangi perlawanan sengit itu.

"Mereka bermain dengan corak bertahan berbanding serangan tetapi apa yang mengejutkan saya ialah tahap kekuatan dan kepantasan mereka begitu luar biasa khususnya pada awal perlawanan," katanya kepada pemberita selepas perlawanan itu.

Ariel berkata pasukan Singapura itu memberi tentangan hebat pada suku kedua dan ketiga tetapi pasukannya berjaya bangkit semula untuk memperoleh kemenangan.

Mengenai persediaan menghadapi perlawanan berikut menentang San Miguel Beerman dari Filipina pada 25 Feb ini di gelanggang lawan, Ariel berkata beliau akan menggunakan pendekatan sama bagi meneruskan momentum kemenangan.

"Kami perlu mengekalkan corak pertahanan seperti hari ini kerana lawan kami seterusnya beraksi dengan lebih pantas," katanya.

Berikutan kejayaan itu, KL Dragons kini memintas San Miguel Beerman untuk menduduki tangga kedua dengan perbezaan 55 jaringan keseluruhan, walaupun berkongsi 10 mata masing-masing. -BERNAMA

Artikel Lain