suria

Spurs Setuju Lepaskan Pavlyuchenko & Beli Louis Saha

Pavlyuchenko kini milik Lokomotiv Moscow.
Pavlyuchenko kini milik Lokomotiv Moscow.
Pavlyuchenko kini milik Lokomotiv Moscow.

LONDON: Tottenham bersetuju untuk membenarkan penyerangnya, Roman Pavlyuchenko untuk menyertai Lokomotiv Moscow sebaik pintu perpindahan pemain ditutup tengah malam tadi.

Penyerang kebangsaan Rusia itu sebelum ini pernah dilaporkan akan meninggalkan Spurs dan perpindahan tersebut akhirnya menjadi kenyataan.

"Kami bersetuju untuk melepaskan Pavlyuchenko ke Lokomotiv Moscow.

"Penyerang yang berhijrah dari Spartak Moscow ke Spurs pada Ogos 2008, menjaringkan 42 gol daripada 113 penampilan. Kami mengucapkan terima kasih di atas pengorbanannya terhadap kelab. Semoga beliau berjaya pada masa hadapan," kata kelab tersebut.

Terdahulu, Pengurus Spurs, Harry Redknaap berjaya membawa masuk penyerang Louis Saha dari Everton. Saha juga adalah bekas pemain Manchester United dan Fulham.

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain