suria

Khedira Gembira Berada Di Real Madrid

PEMAIN antarabangsa Jerman, Sami Khedira gembira berada di Real Madrid, lebih-lebih lagi hubungan dengan pemain-pemain lain di kelab itu cukup mesra.

"Di sini tidak ada pemain yang dianggap bintang atau merasakan dirinya hebat kerana semuanya adalah sama.

"Saya sangat gembira dengan suasana harmoni ini dan kami boleh gelak bersama-sama. Semua orang bekerjasama antara satu sama lain," katanya.

Pemain berusia 23 tahun yang beraksi dengan Stuttgart sebelum ini dan berpindah akhir Julai lalu berazam untuk menjadi salah seorang pemain penting di Los Merengues ini.

"Saya sedar semua orang berharap yang terbaik dari saya. Pastinya saya akan mencuba memenuhi harapan itu walaupun mengalami sedikit masalah bahasa.

"Ia menyulitkan untuk berkomunikasi dengan orang lain. Memang betul kata pengurus (Jose Maurinho) yang saya dan Mesut Ozil masih menghadapi kesulitan. Pun begitu saya sudah mengambil kursus bahasa tiga kali seminggu untuk belajar bahawa Sepanyol," katanya.

Ozil yang turut beraksi bersama Khedira pada Piala Dunia baru-baru ini turut menyarung jersi Real selepas selepas dibeli dari kelab Werder Bremen.

Artikel Berikut

Artikel Lain