suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Huntelaar Tinggalkan Milan Ke Schalke

PENYERANG kelahiran Belanda, Klaas Jan Huntelaar, secara rasminya meninggalkan AC Milan untuk beraksi di Busdesliga Jerman.

Huntelaar dilaporkan akan beraksi untuk kelab Schalke 04 dengan yuran bayaran perpindahan sebanyak 13 juta euro (RM51.8 juta).

Dia turut mengakui faktor perpindahahnya ke kelab lain adalah disebabkan oleh Zlatan Ibrahimovic yang datang ke San Siro.

Sebelum ini Milan mendapat khidmat Ibrahimovic dengan status pinjaman selama setahun dari Barcelona.

“Saya sebenarnya masih senang di Milan dan tak berniat pindah. Tapi hal itu berubah setelah Zlatan Ibrahimovic datang dari Barcelona,” katanya.

Dengan itu, Huntelaar telah merasakan kedudukannya terancam malah dia juga perlu bersaing dengan beberapa pemain lain lagi seperti Alexandre Pato, Marco Borriello, Pippo Inzaghi, Ronaldinho dan Ibrahimovic.

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain