suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

T'Team Akan Beri Tentangan Sengit Lawan Selangor

KUALA TERENGGANU: Pendatang baru dalam pertandingan bola sepak Piala Malaysia T'Team akan memberi tentangan sengit kepada juara Liga Super, Selangor apabila mereka bertemu di Stadium Shah Alam pada 14 September ini.

Jurulatihnya Che Ku Marzuki Che Ku Omar berkata T'Team akan menurunkan kesebelasan pemain utama bagi megimbangi kekuatan Selangor dalam pertemuan itu.

"Kita tidak gentar jumpa Selangor, walapun pasukan itu mempunyai pengalaman luas dalam kejohanan itu," katanya, Khamis.

Che Ku Marzuki berkata untuk menghadapi saingan Piala Malaysia ini, T'Team tidak mengunakan khidmat pemain pinjaman kerana mereka percaya dengan kemampuan dan kebolehan pemain yang ada.

Beliau berkata semangat pemain-pemain T'Team untuk menghadapi Selangor begitu tinggi dan mereka sekarang berada dalam keadaan cergas, walaupun dalam bulan puasa. Sementara itu, Che Ku Marzuki berkata pasukan KL Felda merupakan sebuah lagi pasukan pendatang baru dalam kumpulan D yang perlu diberikan perhatian oleh T'Team.

"Ini kerana pasukan tersebut, yang juga juara Liga Perdana musim ini sukar dibaca permainan dan kekuatan mereka," katanya.

Perlawanan pertama antara kedua-dua pasukan itu akan berlangsung di Stadium Sultan Ismail Nasiruddin Shah, di sini pada 17 Sept.

Che Ku Marzuki berkata Perlis juga tidak perlu dipandang sepi oleh T'Team kerana mungkin pasukan itu membuat kejutan dalam kumpulan itu.

Apapun, beliau berkata T'Team perlu berwaspada dalam semua perlawanan yang akan dihadapi nanti sekiranya tidak mahu kecundang.-BERNAMA

Artikel Berikut

Artikel Lain