suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

KBS Iktiraf Peranan SAM Dalam Perkembangan Sukan Negara

KUALA LUMPUR: Kementerian Belia dan Sukan (KBS) mengiktiraf peranan Persatuan Penulis-Penulis Sukan Malaysia (SAM) sebagai pemegang kepentingan dalam pembangunan sukan negara.

Menterinya Datuk Ahmad Shabery Cheek berkata tanpa peranan ahli-ahli SAM dalam melaporkan kemajuan sukan negara, banyak berita mengenai perkembangan sukan di dalam dan luar negara tidak diketahui umum.

"Ertinya minat atau tidak minat masyarakat terhadap penyampaian sesuatu berita ini akan menentukan karier wartawan sukan secara keseluruhannya.

"Kalau kita tidak berjaya menarik minat pembaca atau tiada apa cerita ingin disampaikan maka masa depan wartawan sukan tidak akan berkembang," katanya ketika berucap pada majlis berbuka puasa SAM-KBS di sini, pada Rabu.

Ahmad Shabery bagaimanapun meminta media utama di negara ini tidak meminggirkan berita sukan tempatan dengan memberi keutamaan kepada laporan berita luar negara.

Justeru itu, katanya pihaknya akan berbincang dengan pemilik utama media untuk memberikan keutamaan kepada berita sukan tempatan. -BERNAMA

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain