suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Gol Tunggal Torres Julang Liverpool

Torres meraikan jaringannya bersama Kuyt (kanan).
Torres meraikan jaringannya bersama Kuyt (kanan).
Torres meraikan jaringannya bersama Kuyt (kanan).

REMBATAN yang dijaringkan menerusi larian solo penyerang Fernando Torres sudah cukup untuk membantu Liverpool menewaskan West Brom 1-0 di Anfield, Ahad.

Kedua-dua pasukan tampak buntu dalam mencipta peluang pada babak pertama. Namun pasukan kendalian Pengurus Roy Hodgson mula menemui rentak permainan hasil gandingan mantap Dirk Kuyt dan Steven Gerrard.

Torres yang baru saja pulih daripada kecederaan membuktikan dia masih lagi berbisa apabila menjaringkan gol dari jarak jauh pada minit ke-65.

Liverpool sepatutnya dihadiahkan sepakan penalti pada minit ke-84 apabila Gonzalo Jara menyekat lantunan rembatan Torres menggunakan tangannya sebelum James Morrison dilayangkan kad merah dua minit kemudian.

Bagaimanapun, tuntutan The Reds itu tidak ditolak.

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain