suria

Van Der Vaart Sertai Spurs Minit Terakhir

Van der Vaart akan beraksi bersama Spurs musim baru ini.
Van der Vaart akan beraksi bersama Spurs musim baru ini.
Van der Vaart akan beraksi bersama Spurs musim baru ini.

KELAB Tottenham Hotspur berjaya mendapatkan pemain penyerang tengah Real Madrid, Rafael Van Der Vaart pada saat akhir sebelum tirai jual beli pemain ditutup, Selasa.

Pemain antarabangsa Belanda,27, tahun ini membuat keputusan untuk ke Spurs lima minit sebelum jendela musim perpindahan ditutup.

Van Der Vaart memilih Spurs setelah berbincangan dengan kelab Bayern Munich (Jerman) menemui jalan buntu.

"Ini adalah keputusan tidak dirancang. Awal pagi saya datang ke sini dan belum ada tanda-tanda untuk mengikatnya," kata pengurus Spurs Harry Redknapp.

Rednapp berkata, VAn Der Vaart adalah pemain yang bijak kerana dia mampu membuat umpan.

"Saya melihat aksinya pada Piala Dunia baru-baru ini dan dia sangat menguntungkan kami. Saya berharap dia akan membantu pasukan dalam Liga Juara-juara nanti," katanya.

Sebelum ini, Van Der Vaart memulakan kariernya di Ajax Amsterdam dan bertukar ke Hamburgs sebelum bersama Real Madrid.

Keuputusan menyertai pasukan lain musim baru ini adalah kerana kedudukannya di Real sedikit tergugat gara-gara pengurus baru kelab, Jose Mourinho menjemput pemain baru, Sergio Canales dan pemain muda Jerman, Mesut Ozil.

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain