suria

Hamilton Bangkit Kembali Di GP Belgium

Hamilton merangkul trofi ketiganya musim ini.
Hamilton merangkul trofi ketiganya musim ini.
Hamilton merangkul trofi ketiganya musim ini.

PEMANDU McLaren, Lewis Hamilton berpuas hati dengan kejayaannya di Grand Prix Belgium dan menyifatkan perasaannya di sana sama seperti ketika kali pertama bergelar juara di litar Formula Satu (F1).

Hamilton mendominasi perlumbaan itu dari awal sehingga ke garisan penamat walaupun beraksi dalam kesukaran.

Meskipun beraksi dalam keadaan hujan pada penghujung perlumbaan, Hamilton berada dalam prestasi terbaik untuk merangkul kejuaraan ketiganya pada musim ini.

Kejayaan itu kembali meletakkan Hamilton selaku pendahulu kejuaraan, satu mata di depan pemandu Red Bull, Mark Webber.

"Selepas gagal menamatkan perlumbaan di Hungary, ini saat terbaik untuk saya melakukan kebangkitan.

"SPA merupakan perlumbaan mencabar dalam kalendar F1 dan saya gembira kerana dapat mencatat kemenangan di sini," kata Hamilton.

Hamilton memberitahu dia berupaya melakukan pecutan dan mengekalkan jarak setiap kali jentera di belakangnya meningkatkan kelajuan.

Selepas itu, keadaan berubah dan dia mula menguasai semula perlumbaan.

"Saya amat menggemari sukan pemotoran. Ia mengalir dalam darah saya. Saya berjaya memenangi perlumbaan di Spa dengan aksi penuh mendebarkan. Ia menakjubkan," tambahnya.

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain