suria

Gallas Setuju Sertai Tottenham Hotspur

TOTTENHAM Hotspur berjaya mendapatkan khidmat bekas kapten Arsenal, William Gallas (gambar) yang menandatangani kontrak di White Hart Lane selama setahun.

Gallas yang meninggalkan The Gunners selepas tamat kontrak bersama kelab itu lulus pemeriksaan kesihatan dan mempersetujui syarat peribadi yang ditetapkan.

Spurs juga berhak untuk melanjutkan kontrak pemain pertahanan berusia 33 tahun itu.

Gallas memulakan karier bersama Caen sebelum berhijrah ke Marseille dan Chelsea pada 2001.

Pemain Perancis itu melakukan 213 penampilan bersama The Blues dengan memenangi dua trofi Liga Perdana Inggeris.

Pada 2006, Gallas menyarung jersi Arsenal sebagai sebahagian daripada perjanjian dalam perpindahan Ashley Cole ke Stamford Bridge.

Gallas gagal menjuarai sebarang trofi ketika di bawah pimpinan Arsene Wenger dan gagal mencapai kata putus berhubung syarat dalam kontrak barunya pada musim panas ini selepas kontrak selama empat tahun tamat.

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain