suria

Huang Tarik Diri Ambil Alih Liverpool FC

AHLI perniagaan dari China, Kenny Huang menarik diri daripada proses bidaan untuk mengambil alih kelab Liga Perdana Inggeris (EPL), Liverpool, menurut kenyataan yang dikeluarkan wakilnya di Hong Kong.

Sebelum ini, ketua pelaburan syarikat QSL Sports Ltd yang berpangkalan di Hong Kong itu memberitahu beliau mahu mengeluarkan pelaburan terhadap Liverpool tetapi tidak mengemukakan tawaran secara rasmi.

"Selepas membuat pertimbangan, Kenny Huang dan QSL Sports memutuskan untuk menarik diri daripada proses pengambil alihan kerana menghormati Liverpool FC. Huang sudah memaklumkan secara rasmi perkara itu kepada lembaga pengarah kelab berkenaan.

"Sepanjang tempoh beberapa bulan ini, kita mengetahui Liverpool mendapat tempat istimewa dalam hati peminat kelab itu di seluruh dunia. Kami mahu memperluaskan sokongan peminat di Asia tetapi tidak berpeluang untuk merealisasikan strategi itu," kata Huang.

Kenyataan itu tidak menyebut sebarang sebab berhubung keputusan Huang untuk menarik diri dalam pengambil alihan The Reds.

Pengarah Urusan Liverpool, Christian Purslow berkata pada awal minggu ini bahawa juara EPL 18 kali yang menanggung bebanan hutang besar itu sedang mengkaji beberapa bidaan daripada pelabur berpotensi.

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain