suria

Malaysia, Thailand Bersaing Rebut Gelaran Juara

KUALA LUMPUR: Malaysia kini menduduki tangga pertama dari segi kedudukan pingat temasya Sukan Sekolah-Sekolah Asean dengan merangkul 22 emas, 22 perak dan 12 gangsa pada hari kelima kejohanan yang diadakan di sekitar Lembah Klang.

Kontijen negara bagaimanapun menghadapi saingan sengit daripada Thailand yang berada di tangga kedua dengan pungutan 22 emas, 20 perak dan 19 gangsa.

Pungutan emas negara bermula di sebelah pagi menerusi acara olahraga iaitu baling tukul besi lelaki oleh Jackie Wong. Wong memperbaharui rekod kejohanan dengan balingan sejauh 68.64 meter, mengatasi rekod yang dicipta tahun lalu yang dipegang Montri Phompo dari Thailand sejauh 55.15 meter.

Amir Fakhri Ismail turut menyumbang satu emas menerusi acara 200m lelaki, iaitu emas ketiganya dalam kejohanan setelah merangkul emas dalam 400m dan 4x100m semalam.

Beliau mencatat masa 21.85s iaitu rekod baru kejohanan, sekaligus memadamkan rekod kepunyaan atlet Indonesia Franklin Burumi, 21.88s yang dicatatkan pada ASG tahun lepas di Thailand.

Pasukan golf negara turut cemerlang apabila menggondol tiga daripada empat emas yang ditawarkan.

Malaysia mengutip satu emas menerusi acara berpasukan lelaki manakala Kelly Tan dan Low Khai Jei, masing-masing menjuarai kategori individu wanita dan lelaki.

Malaysia turut merangkul dua emas daripada kolam renang menerusi Low Xue Ting dalam acara 50m gaya bebas wanita dan 4x100m rampaian lelaki.

Atlet negara Tracie Ang muncul juara keseluruhan bagi acara gimnastik artistik manakala Elaine Koon memenangi emas dalam acara gimrama.

Berikut adalah keputusan kejohanan yang melibatkan atlet Malaysia hari ini.

KEPUTUSAN:

OLAHRAGA

Lompat galah wanita

Emas: Penpisut Prasai (THA)

Perak: Farrah Wahida Amat Misnon (MAS)

Gangsa: Nur Nadira Natalia Mohd Mansahar (MAS)

Lontar tukul besi lelaki

Emas: Jackie Wong (MAS)

Perak: Boonkong Sanepoot (THA)

Gangsa: Panyawut Bumroong (THA)

200m wanita

Emas: Supawan Thipat (THA)

Perak: Pimpika Kannikom (THA)

Gangsa: Zaidatul Husna Zulkifli (MAS)

200m lelaki

Emas: Amir Fakhri Ismail (MAS)

Perak: Hisyam Alias (MAS)

Gangsa: Kittisak Phiraksa (THA)

1,500m lelaki

Emas: Duong Van Thai (VIE)

Perak: M.Kesavan (MAS)

Gangsa: Vuttichai Khunklaeo (THA)

GOLF

Berpasukan lelaki

Emas: Malaysia

Perak: Thailand

Gangsa: Singapura

Berpasukan wanita

Emas: Thailand

Perak: Malaysia

Gangsa: Indonesia

Individu lelaki

Emas: Low Khai Jei (MAS)

Perak: Mohd Azman Basharuddin (MAS)

Gangsa: Chung Hong Zheng (SIN)

Individu wanita

Emas: Kelly Tan (MAS)

Perak: Ika Woro Palupi (INA)

Gangsa: Ornnicha Konsuthea (THA)

RENANG

50m gaya bebas wanita

Emas: Low Xue Ting (MAS)

Perak: Arisa Srirasa (THA)

Gangsa: Chawiwan Khammee (THA)

100m kuak kupu-kupu wanita

Emas: Meagan Lim (SIN)

Perak: Sarisa Suwannachet (THA)

Gangsa: Hii Siew Siew (MAS)

100m kuak kupu-kupu lelaki

Emas: Sudartawa Gede Siman (INA)

Perak: Kittapat Sricharoenboon (THA)

Gangsa: Chi Chia Kian (MAS)

4x100m rampaian wanita

Emas: Malaysia

Perak: Indonesia

Gangsa: Thailand

4x100m rampaian lelaki

Emas: Indonesia

Perak: Singapura

Gangsa: Malaysia

GIMNASTIK

Gimnastik individu wanita

Emas: Tracie Ang (MAS)

Perak: Do Thi Van Anh (VIE)

Gangsa: Nur Hasleen Fatihin Hasnan (MAS)

GIMRAMA

Individu

Emas: Elain Koon (MAS)

Perak: Nur Hidayah Abd Wahid (MAS)

Gangsa: Suthinee Omman (THA)

- BERNAMA

Artikel Berikut

Artikel Lain