suria

Hattan terima tawaran ‘Gadis Jolobu’ demi semangat anak nogori… Harap sambutan setanding filem dialek utara Mami Jarum

Hattan setuju bintangi filem Gadis Jolobu The Movie kerana tertarik penceritaan budaya Negeri Sembilan.

TERTARIK dengan penggunaan dialek Negeri Sembilan, penyanyi Datuk Hattan mengakui tidak menunggu lama untuk bersetuju membintangi filem komedi terbaharu berjudul Gadis Jolobu The Movie.

Hattan, 57, berkata dia menerima tawaran filem berkenaan kerana jalan ceritanya mengangkat budaya masyarakat Negeri Sembilan yang juga merupakan tempat kelahirannya.

"Kali terakhir saya berlakon filem di bawah arahan Allahyarham Mamat Khalid, Rock Bro. Sebenarnya saya dah tak nak berlakon lagi, ada beberapa kali saya tolak tawaran yang datang sebab ia sangat memenatkan tapi untuk Gadis Jolobu The Movie, saya tak boleh tolak.

ARTIKEL BERKAITAN: "Jangan nak jatuhkan maruah peserta kerana content TV" - Hattan tak setuju cara Hetty Koes Endang

ARTIKEL BERKAITAN: Hattan tak mahu cakap belakang, terus bersuara jika selebriti buat silap

"Saya setuju sebab filem ini angkat budaya Negeri Sembilan. Kalau bukan orang Negeri Sembilan sendiri yang perlu memartabatkan bahasa mereka, siapa lagi?

"Kalau Mami Jarum filem yang guna dialek Pulau Pinang dan Hantu Kak Limah (Perak) boleh mendapat sambutan tinggi, mengapa tidak Gadis Jolobu?" katanya kepada mStar.

hattan 2

Hattan setuju terima tawaran berlakon filem Gadis Jolobu kerana penggunaan dialek Negeri Sembilan.

Hattan ditemui di sidang media filem berkenaan yang diadakan di KL Jazz and Arts Centre, Kuala Lumpur, baru-baru ini.

Filem kerjasama Zebra Studio Sdn Bd dan Tremendous Entertainment yang diarahkan oleh CL Hor itu memulakan penggambaran di Kampung Lonek, Negeri Sembilan.

Saya yakin filem ini boleh mendapat sambutan yang baik

HATTAN

PENYANYI

Dalam pada itu, penyanyi lagu Biso Bonar ini berharap filem berkenaan mendapat sambutan penonton apabila ditayangkan meskipun negara kini sedang berdepan pandemik Covid-19.

"Sekarang ini ada prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan untuk menonton di wayang tapi kita tak tahulah orang berani atau tidak pergi tengok wayang.

hattan 3

Hattan (kanan sekali) bersama barisan pelakon filem berkenaan.

"Saya berharap apabila filem ini ditayangkan kelak, semua dapat memberikan sokongan demi industri hiburan tanah air. Saya yakin filem ini boleh mendapat sambutan yang baik," ujarnya

Gadis Jolobu The Movie mengisahkan tentang tiga bujang terlajak dalam usaha untuk mencari jodoh masing-masing di kampung halaman mereka.

Selain Hattan, filem ini turut dibintangi pelakon seperti Joey Rahman, anak Hattan, Adam, Khir Rahman, Nizam Laksamana dan Ahirine Ahirudin.

Filem ini turut mengetengahkan beberapa elemen Adat Perpatih dan keunikan budaya Minangkabau di Negeri Sembilan.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain