suria

Mawi terkejut ‘Hantu Kuat Ketawa’ tiba-tiba tak boleh dilanggan, hilang dari carta Top 5 Astro First

Penonton mengadu tidak dapat melanggan filem Hantu Kuat Ketawa.

SELEPAS karya hampir dirompak, sekali lagi penerbit Mawi diduga apabila filem Hantu Kuat Ketawa (HKK) tiada dalam carta top 5 filem di Astro Fist.

Malah Mawi atau Asmawi Ani, turut menerima aduan daripada ramai penonton yang tidak dapat melanggan HKK memandangkan telefilem itu tiada di saluran tersebut.

ARTIKEL BERKAITAN: Karya Mawi hampir kena rompak! Grup Telegram rancang sebar telefilem ‘Hantu Kuat Ketawa’ secara haram

Mengakui terkilan dengan apa yang berlaku, Mawi berkata dia dimaklumkan oleh pihak saluran TV tersebut berdepan dengan masalah teknikal.

Mawi

Antara DM yang diterima Mawi di Instagram.

"Mula-mula saya memang rasa terkejut dan terkilan bila semalam HKK tiba-tiba hilang dan ramai penonton mengadu tak boleh nak langgan.

"Ikutkan dari mula tayangan memang HKK berada di nombor satu carta Astro. Tiba-tiba semalam hilang terus. Pelik, apa dah jadi.

"Ramai penonton DM saya di Instagram kata tak boleh nak langgan. Tapi pihak Astro beritahu ada masalah teknikal," katanya kepada mStar.

Ikutkan dari mula tayangan memang HKK berada di nombor satu carta Astro.

MAWI

PELAKON & PENERBIT

Menerusi Instagram, penyanyi berusia 38 tahun ini berkongsi beberapa paparan skrin mesej daripada penonton yang tidak dapat melanggan telefilem tersebut.

Sebelum ini, Mawi meluahkan rasa kesal apabila terdapat pihak cuba menyebarkan telefilem terbitannya itu secara haram di aplikasi Telegram.

Dalam pada itu, Mawi melahirkan rasa syukur dengan tindakan pantas pihak Astro menyelesaikan masalah teknikal yang berlaku.

Mawi turut berasa gembira apabila telefilem tersebut kembali berada di kedudukan pertama carta di Astro First pada Khamis.

Mawi 2

filem Hantu Kuat Ketawa kembali menduduki tempat pertama di Astro First.

"Alhamdulillah, selepas itu pihak Astro ambil tindakan selanjutnya dan penonton kembali boleh langgan filem HKK.

"Bersyukur juga hari ini, filem HKK kembali berada di carta filem top 5 Astro First. Terima kasih kepada semua yang sentiasa beri sokongan," ujarnya.

Untuk rekod, telefilem lakonan Along Cham, Zarina Anjoulie, Syanie dan Saiful Apek itu mula ditayangkan pada 27 Januari lalu menerusi Astro First.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain