suria

'Hayya: The Power of Love 2' kini tayang di Malaysia, bawa watak anti Islam uji Fauzi Baadila

Fauzi melakonkan watak sebagai Rahmat yang tidak menyukai Islam.

PELAKON Indonesia Fauzi Baadila mengakui watak sebagai Rahmat menerusi filem terbaharu lakonannya berjudul Hayya: The Power of Love 2 benar-benar menguji dirinya.

Memegang watak individu yang tidak suka dengan agama Islam, Fauzi berkata dia pada mulanya berasa bimbang untuk membawa karekter itu.

Bagaimanapun aktor berusia 41 tahun ini memberitahu dia percaya niat dan dakwah kecilnya itu sedikit sebanyak menyedarkan masyarakat tentang keindahan Islam itu sendiri.

"Saya harus bawa watak Rahmat yang memusuhi Islam, buruk sangka dengan keamanan yang dibawa. Risau sebab takut mental dan kerohanian saya sendiri akan terjejas.

Fauzi 2

Salah satu babak dalam filem tersebut.



"Namun, Alhamdulillah... saya berjaya melunaskan tanggungjawab itu. Bagi saya, fillem ini tidak terlalu mendapat tentangan dan mencetuskan kontroversi daripada filem pertama.

[Sertai fan club Telegram mStar Rojer. Kita boleh borak-borak DI SINI]

"Penonton di Indonesia suka dan saya berharap agar peminat di Malaysia juga akan senang menerima," katanya menerusi kenyataan rasmi kepada media Malaysia.

Hayya: The Power Of Love 2 sudah ditayangkan pada 2019 dan pertama kali tayangan secara eksklusif di Malaysia menerusi saluran Astro First.

Risau sebab takut mental dan kerohanian saya sendiri akan terjejas.

FAUZI BAADILA

PELAKON

Selain Fauzi, filem arahan pengarah Jastis Arimba itu turut dibintangi oleh Ria Ricis, Amna Shahab, Meyda Sefira, Hamas Syahid, Asma Nadia dan Adhin Abdul Hakim.

Menariknya, Astro juga menawarkan penonton pakej kombo dengan menonton siri pertama, 212 The Power Of Love bermula Khamis.

Sementara itu, Jastis Arimba berkata filem itu merupakan karya pertama di Indonesia yang menjalani penggambaran di Palestin dan menyuarakan isu-isu kemanusiaan yang berlaku di negara Islam itu.

Fauzi 1

Fendy berharap penonton Malaysia menerima filem tersebut dengan baik.



"Filem ini mengingatkan kita betapa bersyukurnya lahir dan hidup di negara yang aman seperti Indonesia atau Malaysia, tidak ada konflik seperti di Palestin.

"Cabaran terbesar adalah mencari pelakon kanak-kanak yang sesuai untuk membawakan watak Hayya. Tetapi secara teknikalnya, saya tidak mempunyai masalah untuk mengarah filem ini.

"Ditambah dengan komitmen dan dedikasi kru produksi termasuk semua pelakon, kami berjaya menghasilkan sebuah filem yang cukup bermutu," katanya.

Nak tengok ke posting kelakar dan macam-macam komen? Follow kami di Instagram!

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Berkaitan

Artikel Lain