suria

Akibat terlalu imaginasi dikejar zombi, gusi Elvina Mohamad berdarah terlanggar kamera ketika penggambaran

Elvina membawa watak separuh zombi dan manusia dalam filem Zombitopia.

PELAKON Datin Elvina Mohamad mendedahkan dia mengalami kecederaan ringan ketika menjalani penggambaran filem pertamanya Zombitopia.

Pemilik nama Norzalina Mohamad, 26, ini berkata, gusinya terkoyak dan berdarah selepas terlanggar kamera ketika melakonkan babak dikejar zombi.

ARTIKEL BERKAITAN: Shaheizy Sam kaitkan filem Zombitopia dengan pandemik, orang takut nak keluar rumah - “Zombi itu umpama virus... sentiasa kejar kita”

"Filem aksi dan watak saya pegang adalah zombi. Separuh zombi... separuh manusia. Kalau zombi sepenuhnya, tahu la macam mana nak buat.



Elvina berlakon filem buat pertama kali.

"Jadi, watak itu memberi satu cabaran buat saya. Selain itu, filem itu banyak bermain dengan kesan khas CGI, jadi saya kena banyak guna imaginasi sendiri.

"Ada satu babak ini, saya perlu guna imaginsi sendiri kononnya dikejar sesuatu, saya berlari dan terlanggar kamera sehingga menyebabkan gusi koyak dan berdarah," kata Elvina kepada mStar.

Elvina berkongsi perkara itu ketika di sidang media secara maya bagi mempromosikan filem Zombitopia yang bersiaran di saluran penstriman Disney + Hotstar bermula 2 Julai.

Sam banyak membantu dan memberi pendapat kalau saya tak faham sesuatu babak itu.

ELVINA MOHAMAD

PELAKON

Selain Elvina, turut terlibat menjayakan filem aksi fiksyen ini ialah Shahiezy Sam Azman Hassan, Bront Palarae dan Sharifah Amani.

[Sertai fan club Telegram mStar Rojer. Kita boleh borak-borak DI SINI]

Dalam pada itu, pelakon drama siri Takdir Yang Tertulis ini memberitahu dia juga banyak belajar tentang lakonan apabila bergandingan dengan barisan pelakon berbakat dalam filem tersebut.



Salah satu babak Shahiezy Sam hampir digigit zombi.

"Bila dapat berlakon dengan pelakon yang hebat dan senior dalam industri, saya banyak tengok cara mereka berlakon terutama Shaheizy Sam. Saya banyak bergandingan dengan dia dalam filem itu.

"Sam banyak membantu dan memberi pendapat kalau saya tak faham sesuatu babak itu. Dia sentiasa pastikan saya selesa supaya kami berdua dapat keserasian.

"Dekat set penggambaran, dia minta saya jangan anggap dirinya sebagai Sam tapi Zidik (watak dalam filem tersebut)," ujarnya.

Nak tengok ke posting kelakar dan macam-macam komen? Follow kami di Instagram!

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Berkaitan

Artikel Lain