suria

Penurunan 50 peratus jumlah penonton ke pawagam gara-gara Covid-19, filem Escape tak mahu ambil risiko... terpaksa tunda tarikh tayangan

Filem Escape terpaksa menangguhkan tayangan.

FILEM Escape yang dijadualkan ditayangkan pada 26 Mac ini ditunda ke satu tarikh yang akan diumumkan kelak.

Pengarah filem itu, Ikhwansha Hazer berkata, keputusan itu dibuat selepas mendapati penularan virus Covid-19 yang sedang melanda negara dan seluruh dunia telah memberi kesan kepada masyarakat secara keseluruhan.

ARTIKEL BERKAITAN: Gimik ada bom di pasaraya... Idea pengarah filem 'Escape' tidak dapat kebenaran polis

"Setelah diteliti, dikaji dan mendengar pandangan dan nasihat daripada beberapa pihak, maka pihak produksi mengambil keputusan untuk menundakan tarikh tayangan filem Ecape ke satu tarikh yang akan diumumkan kelak.

Pengarah filem Ikhwan bersama kru produksi ketika sedang penggambaran filem Escape.

"Pihak kami ingin mengucapkan jutaan terima kasih kepada mereka yang banyak menyokong dan membantu untuk mempromosikan filem Escape ini," katanya.

Ikhwansha berkata, menerusi laporan yang diterima daripada beberapa pihak pawagam tempatan, berlaku penurunan hampir 50 peratus jumlah penonton sejak virus Covid-19.

"Situasi ini sekali gus memberi kesan kepada sambutan terhadap filem tempatan dan antarabangsa.

"Pihak produksi berharap penularan virus Covid-19 yang sedang mengancam Malaysia ketika ini akan segera beransur pulih," katanya.

Filem Escape adalah filem bergenre 'Cerebral Thriller' yang menampilkan barisan pelakon popular antaranya Kamal Adli, Elizabeth Tan, Amar Asyraf, Jue Aziz, Riz Amin, Zamarul Hisham, Pablo Amirul, Fiza Fukazawa dan Datuk Jalaluddin Hassan.

Filem ini diterbitkan Dreamland Productions Sdn Bhd dan DMY Creation.

Escape, Covid-19

Artikel Lain