suria

Gimik ada bom di pasaraya... Idea pengarah filem 'Escape' tidak dapat kebenaran polis

Pengarah filem Escape meluahkan hasrat untuk melakukan gimik letupan bom bagi mempromosikan filem.

ADA bom di pasaraya? Ia mungkin kedengaran seperti 'kerja gila' namun itulah hasrat pengarah filem Ikhwansha Hazer untuk membuat gimik kepada orang ramai kononnya terdapat bom di sebuah pasaraya bagi mempromosikan karya terbaharunya, Escape.

Bagaimanapun, ideanya itu tidak menerima kelulusan pihak berkuasa berikutan ia dikatakan melanggar undang-undang negara.

Namun, kata Ikhwansha, gimik seperti ini ibarat 'permainan' biasa digunakan penggiat seni di luar negara bagi melariskan karya dihasilkan mereka.

ARTIKEL BERKAITAN: Ejen Ali: The Movie raih kutipan pecah panggung RM25 juta, bakal tayang di Indonesia

"Idea itu muncul secara spontan tahun lalu masa bersama beberapa rakan yang 'gila-gila' memerah idea memikirkan cara untuk mempromosi filem Escape.

Escape merupakan filem pertama arahan Ikhwansha.

"Pada awal kami mahu mensasarkan pengunjung yang lalu lalang di dalam pusat membeli belah menerima panggilan misteri mengenai ancaman bom di situ.

"Bagaimanapun polis tak boleh nak setuju idea ini sebab ia bahaya... takut jadi isu. Lagipun, selepas difikirkan kesannya kelak, cadangan itu terpaksa dibatalkan kerana berkaitan keselamatan negara," ujarnya kepada mStar.

Bercerita lanjut, Ikhwansha berkata, idea itu timbul apabila dia mahu penonton merasai sendiri konflik yang bakal dipersembahkan dalam filem berkenaan.

Jika di luar negara, gimik seperti itu 'permainan' biasa asalkan boleh melariskan karya mereka tetapi Malaysia ada undang-undang yang wajib dihormati.

IKHWANSHA

PENGARAH FILEM 

"Lagipun ia berdasarkan jalan cerita filem itu... ideanya sebelum nak bagi penonton tengok filem ini, saya nak mereka rasa sendiri perasaan apabila berdepan dengan konflik di dalam filem ini.

"Jadi mereka dapat kaitkan dengan gimik yang saya terfikir nak buat.

"Jika di luar negara, gimik seperti itu 'permainan' biasa asalkan boleh melariskan karya mereka tetapi Malaysia ada undang-undang yang wajib dihormati demi keamanan rakyat yang berbilang bangsa, agama dan budaya," ujarnya.

Filem Escape mengambil masa hampir dua tahun untuk disiapkan.

Bagaimanapun, kata pengarah berusia 33 tahun ini, dia enggan menyentuh sensitiviti dengan melanggar keselamatan negara dan menghormati undang-undang negara.

"Tidak mahulah disebabkan gimik-gimik yang menyentuh sensitiviti dan keselamatan negara.

"Ia akan menyebabkan nilai semangat kenegaraan yang diselit dalam filem ini diabaikan," katanya.

Filem Escape bakal menemui penonton pada Mac depan.

Mengambil masa selama hampir dua tahun untuk disiapkan, filem Escape dibintangi oleh Kamal Adli, Elizabeth Tan, Amar Asyraf, Jue Aziz, Riz Amin, Zamarul Hisham, Pablo Amirul, Fiza Fukazawa dan Dato’ Jalaluddin Hassan.

Filem terbitan Dreamland Production bergenre ‘cerebral thriller’ ini dijangka menemui penonton pada Mac depan.

Ikhwansha, Escape

Artikel Lain