Bukan spoiler alert! Tapi ini 9 sebab kenapa wajib tonton filem Jodoh Syaitan, dialog spontan Soffi Jikan paling tak tahan

Salah satu babak yang menyeramkan antara Megat dan Mawar.

Filem: Jodoh Syaitan

Genre: Komedi / Seram

Durasi: 1 jam 23 minit

Pelakon: Soffi Jikan, Aprena Manrose, Abam Bocey, Jay Iswazir, Kamarul Yusoff dan Fauziah Nawi

Pengarah: Ismail Bob HasimTerbitan: Da Motion Sdn Bhd

Tayangan: 5 Mac 2020

JIKA anda peminat filem bercorak komedi seram, Jodoh Syaitan merupakan pilihan terbaik untuk ditonton bersama seisi keluarga dan rakan-rakan bermula Khamis.

Filem terakhir lakonan Allahyarham Abam.

Berbanding filem seram lain, Jodoh Syaitan terbitan Da Motion Sdn Bhd ini bakal mencuit hati penonton dengan aksi komedi bersahaja daripada barisan pelakon hebat.

Namun dalam gelak ketawa, babak seramnya juga akan membuatkan anda terkejut sehingga menyebabkan jantung berdegup kencang.

Berikut mStar senaraikan sembilan sebab mengapa anda wajib menonton filem komedi seram, Jodoh Syaitan.

1. Meskipun jalan cerita agak klise, namun filem ini bakal memberikan kejutan besar kepada penonton dengan lakonan mantap barisan pelakon dan plot twist tidak dijangka. Bukan hanya mengetengahkan elemen seram melibatkan ilmu hitam tetapi penonton akan terhibur dengan lawak jenaka dalam setiap babak.

2. Filem ini merupakan lakonan terakhir Allahyarham Abam Bocey yang meninggal dunia pada 10 Februari lalu. Sudah pasti peminat akan lebih merindui lawak jenaka Abam selepas menonton filem Jodoh Syaitan.


Lakonan mantap Fauziah Nawi sebagai ibu kepada Megat (Soffi Jikan).

3. Selain Abam, seluruh produksi turut bersedih dengan pemergian penerbitnya iaitu Allahyarham Datuk Mokharul Shamsul Mokhtar yang mencetuskan idea untuk menghasilkan Jodoh Syaitan dan turut muncul dalam filem itu.

4. Kredit harus diberikan kepada pengarah filem ini iaitu Ismail Bob Hasim yang memilih barisan pelakon kurang popular namun mereka berjaya menghidupkan jalan cerita filem tersebut dan membuatkan penonton ternanti-nantikan apa yang akan terjadi seterusnya dan tidak berasa bosan.

5. Biarpun pertama kali membintangi filem namun lakonan Aprena Manrose tidak kurang hebatnya apabila berjaya menjiwai watak seorang wanita cantik bernama Mawar yang sudah mati dan dihidupkan semula kemudian berkahwin dengan Megat (lakonan Soffi Jikan).

6. Seperti biasa, lakonan mantap pelakon Fauziah Nawi yang memegang watak ibu kepada Megat tidak perlu disangkal lagi. Namun menariknya, penonton akan melihat sisi berbeza Fauziah Nawi yang turut mencuit hati dengan gelagatnya yang kita sendiri tidak jangka.

Antara salah satu babak yang mengejutkan penonton.

7. Pujian harus diberikan kepada penulis skrip iaitu Epy Kodiang kerana menghasilkan dialog yang mencuit hati penonton. Tapi ada juga beberapa dialog spontan yang digunakan Soffi Jikan berjaya membuatkan penonton tidak berhenti ketawa.

8. Solekan kesan khas yang digunakan untuk watak pontianak dan pocong dilihat sangat real sehingga menyebabkan penonton boleh terbawa-bawa sampai ke dalam mimpi! Malah ada beberapa babak kemunculan hantu secara tiba-tiba membuatkan satu pawagam menjerit terkejut.

9. Filem Jodoh Syaitan ini sesuai untuk penonton yang gemar menonton filem seram dan dalam pada masa ada boleh membuatkan anda tidak berhenti ketawa. Contohnya babak Awang (Jay Iswazir) sedang menggali kubur sepatutnya seram bertukar menjadi kelakar disebabkan dialog yang dituturkan oleh Awang.

Artikel Berkaitan

Klik

TVET ada potensi besar untuk kerjaya masa depan, ini lepasan SPM perlu tahu untuk jadi graduan ‘terhangat di pasaran’

HEBAT calon-calon SPM tahun 2019 apabila pencapaian mereka lebih baik berbanding tahun sebelumnya.

Duka Covid-19 seakan terubat, TNB sinari hidup golongan memerlukan, agih zakat cecah RM4.36 juta

TNB tampil dengan inisiatif perkongsian rezeki melalui pengagihan wang wakalah zakatnya ke seluruh pelusuk tanah air.

Berkongsi rezeki... itulah maksud di sebalik amalan membayar cukai

HARI ini, Malaysia dilanda krisis pandemik Covid-19 yang telah memberi banyak kesan kepada semua lapisan masyarakat.

Ketahui 7 cara mudah sediakan makanan di rumah

SEBENARNYA tak susah untuk menaik taraf ruang peribadi anda terutamanya dapur bagi memudahkan dan melancarkan hari-hari anda di rumah.

Covid-19 bukan sekadar pandemik, buktikan kepentingan dunia digital... dorong MYNIC lebih rancak bantu bisnes online

MYNIC menawarkan program latihan pemasaran digital, dengan membawa perniagaan luar talian ke dalam talian dan seterusnya menghadapi pasaran ekonomi digital global.

Artikel Lain