'Sejoli: Misi Cantas Cinta' Papar Romantik Komedi Segar - Wayang | mStar

'Sejoli: Misi Cantas Cinta' Papar Romantik Komedi Segar

FILEM: Sejoli: Misi Cantas Cinta

PENGARAH: Osman Ali

PELAKON: Remy Ishak, Maya Karin, Bront Palarae dan Izara Aishah

DURASI: 1 Jam 27 Minit

GENRE: Romantik komedi

TERBITAN: Primework Studio

TARIKH TAYANGAN: 20 Februari 2014

SELEPAS mencetuskan fenomena melalui filem Cun! dan Ombak Rindu, pengarah filem Osman Ali kini kembali dengan karya terbaharu berjudul Sejoli: Misi Cantas Cinta yang sudah berada di pawagam sejak 20 Februari lalu.

Dengan membariskan nama-nama hebat seperti Maya Karin, Bront Palarae, Izara Aisyah, Remy Ishak, Azad Jazmin dan Dira Abu Zahar, filem mengangkat genre romantik komedi ini pasti mencuit hati penonton.

Genre romantik komedi seperti ini tidak banyak lari dengan filem sebelum ini iaitu Cun!, namun kali ini lebih berlatar belakangkan kehidupan moden dan bandar.

Salah satu adegan antara Maya dan Bront dalam filem 'Sejoli: Misi Cantas Cinta'

Daripada segi jalan cerita Sejoli:Misi Cantas Cinta mempunyai tarikan yang tersendiri kerana setiap babak diselitkan dengan elemen komedi di luar jangkaan dan tidak membosankan penonton.

Susunan plot yang kemas membuatkan penonton mudah memahami jalan cerita filem ini tanpa perlu memikirkan apa yang berlaku selepas itu.

Filem ringan ini sesuai untuk ditonton oleh semua golongan usia terutamanya selepas penat bekerja dan mahukan hiburan yang lebih santai.

Biarpun pelakon-pelakon bukan terdiri daripada pelawak, namun kekuatan karakter masing-masing ditambah dengan kehebatan pelakon menjiwai watak membuatkan filem ini sebuah filem komedi yang 'segar'.

Watak Maya Karin sebagai Gina juga menjadi apabila Maya dilihat sudah mampu menguasai bahasa Melayu dengan baik berbanding filem-filem lakonannya sebelum ini.

Bront dan Remy yang sebelum ini banyak dilihat dalam filem aksi dan serius juga berjaya membawa watak komedi dengan cemerlang.

Malah melihat Bront bergandingan dengan Maya dan Izara bersama Remy menimbulkan suasana sentimental tersendiri buat penonton.

Dalam pada itu, daripada sudut sinematografi pula boleh dikatakan menjadi tarikan utama filem ini.

Pemilihan beberapa lokasi menarik di Phuket, Thailand memberi ketenangan dan mendatangkan rasa ingin bercuti kepada penonton.

Ia juga bersesuaian dengan setiap adegan yang berlaku dalam filem ini.

Sejoli mengisahkan tentang Joe (Bront Palarae) ke Phuket selepas ditinggalkan oleh Nita (Izara Aishah). Dia bertemu Gina (Maya Karin) yang turut ditinggalkan oleh kekasihnya, Hardy (Remy Ishak).

Kedua-dua mereka berpakat untuk membantu antara satu sama lain bagi melupakan bekas pasangan masing-masing, hakikatnya mereka sendiri gagal melupakan bekas kekasih sendiri.

Selepas mengetahui Nita bakal berkahwin dengan Hardy, Joe dan Gina melakukan pelbagai taktik kotor bagi merosakkan perkahwinan tersebut.

Filem Sejoli:Misi Cantas Cinta sudah berada di seluruh pawagam bermula 20 Februari lalu.

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

'Kami Histeria' Komedi Seram Luar Biasa

Klik

default image

Teknologi analitik data raya asas pelaksanaan inisiatif kerajaan masa depan – Saifuddin Nasution

PROGRAM Subsidi Petrol merupakan inisiatif kerajaan untuk meringankan beban isi rumah berpendapatan rendah melalui pengagihan semula subsidi petrol.

default image

Jurang ekonomi penduduk bandar dan desa cabaran utama WKB 2030

JURANG ekonomi yang besar di antara kumpulan pendapatan, etnik serta kawasan luar bandar dan bandar antara cabaran besar yang dihadapi negara.

default image

Ketuhar Panasonic Big Cubie memang power! Memasak kini lebih mudah, hidangan lebih sihat dan lazat

ANDA mahu memasak hidangan dalam waktu singkat? Panasonic Big Cubie boleh membantu.

default image

WKB 2030: Gandingan kerajaan-swasta penting untuk manfaat rakyat

SEKTOR swasta perlu berganding bahu dengan kerajaan sebagai fasilitator untuk memperbaiki ketidakseimbangan pendapatan di negara ini.

default image

Carum Perkeso untuk dilindungi walau bekerja sendiri kerana malang tidak berbau!

MATLAMAT utama mengumpul duit dan trip perjalanan, tapi adakah pemandu pengangkutan awam menyedari ‘malang tidak berbau’ ketika bekerja?

Artikel Lain

Nelayan temui duit dalam perut ikan

Messi gantung but 2021?