PEMAIN sayap Selangor FC, Faisal Halim dan isterinya Nur Syazwani Mizuana Shahril sah bercerai talak dua di Mahkamah Rendah Syariah Klang, Selangor pada Jumaat.
Menurut peguam yang mewakili Faisal iaitu Datuk Akberdin Abdul Kader, mahkamah mengesahkan terdapat dua kali lafaz cerai yang dilakukan oleh pemain bola itu.
"Mahkamah sahkan mereka jatuh talak dua selepas berlaku dua kali perceraian.

Faisal ketika di perkarangan mahkamah.
" Talak pertama berlaku pada 11 Jun lalu , namun pada hari sama mereka rujuk dan perkara itu telah disahkan mahkamah.
"Kemudian berlaku lafaz talak yang kedua pada 10 November baru-baru ini, itu juga mahkamah sudah sahkan dan ketika ini Syazwani sedang menjalani tempoh idah sehingga 10 Januari depan," katanya kepada mStar.
Dalam masa sama, Akberdin berkata, dia dan peguam yang mewakili Syazwani kini sedang berbincang mengenai urusan tuntutan hak jagaan anak dan harta sepencarian.
ARTIKEL BERKAITAN: Isteri Faisal Halim luah kecewa, bagi bayangan rumah tangga bergolak lagi
ARTIKEL BERKAITAN: Rumah tangga Faisal Halim kembali pulih, isteri luah macam baru kahwin semalam
"Isu-isu lain selepas bercerai akan dibincangkan kemudian dan di bawa ke Mahkamah Tinggi untuk direkodkan.
"Setakat ini, saya sudah menyerahkan cadangan penyelesaian dalam bentuk tulisan berkenaan hak jagaan anak dan harta sepencarian kepada peguam Syazwani.
"Saya dimaklumkan peguamnya akan meniliti terlebih dahulu sebelum masing-masing mencapai kata sepakat. Saya difahamkan mereka menyambut baik cadangan yang kami berikan.
Pada 2 September lalu, Syazwani memfailkan perceraian terhadap Faisal di Mahkamah Rendah Syariah Klang, Selangor selepas enam tahun mendirikan rumah tangga.

Akberdin yang mewakili Faisal.
Bagaimanapun pada 12 September, hubungan pasangan itu dipercayai kembali pulih apabila Faisal memuat naik foto bahagia bersama isterinya di media sosial.
Bagi menguatkan lagi khabar gembira itu, isterinya turut berkongsi semula foto berkenaan di InstaStory dengan menzahirkan rasa syukur.
Namun pada 10 November, Syazwani sekali lagi memberi bayangan rumah tangganya sedang bergolak.
Untuk rekod, Faisal dan Nur Syazwani mendirikan rumah tangga pada 9 Mac 2019 dan dikurniakan seorang cahaya mata lelaki bernama Khalish Aryan.
Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube


