suria

Ahli keluarga sudah tiada digelar munafik, ibu Aliff Aziz minta henti lempar kata kesat - “Allah masih tutup aib anda”

Ibu sanggup ambil tanggungjawab berkenaan kontroversi melibatkan anaknya.

IBU kepada penyanyi Aliff Aziz mendedahkan menerima pelbagai kata-kata hinaan dan cacian netizen susulan isu anaknya ditangkap khalwat bersama Ruhainies.

Menurut Siti Hafiza Basharahil, apa lebih menyedihkan kata-kata hinaan itu bukan sahaja dihemburkan kepada dia dan suami tetapi kepada ahli keluarganya yang sudah tiada.

Susulan itu, Hafiza berharap netizen segera berhenti perkara yang disifatkan sebagai tidak berperikemanusiaan itu.

ibu aliff

Luahan hati ibu Aliff Aziz berkenaan isu yang melanda.

"Ramai yang mesej saya dan pelbagai kata-kata yang baik atau sebaliknya. Saya dan suami menerima semuanya dengan berlapang dada.

"Hanya kami mohon pada saudara seislam hentikanlah kata-kata kesat ke atas Allahyarham ibu dan ayah saya dan juga Allahyarham orang tua suami saya.

"Ada yang hingga mengkafirkan mereka, memunafikkan orang tua kami, memaki, menghina dan banyak lagi kata-kata yang kami tidak sampai hati untuk luahkan di sini. SubhanAllah," katanya.

Hafiza berkongsi perkara itu menerusi Instagram miliknya pada malam Selasa.

ARTIKEL BERKAITAN: Komen berbaur jahat berdepan tindakan, peguam Risteena ‘screenshot‘ semua bukti

ARTIKEL BERKAITAN: Luahan ibu Aliff Aziz menyentuh hati, percaya doa rawat segala masalah

Dalam pada itu, Hafiza berkata dia dan suami akan mengambil segala tanggungjawab yang melibatkan kontroversi anaknya itu sekali gus berlapang dada dengan segala kata netizen.

Bagaimanapun dia juga telah pun memaafkan mereka yang menghantar mesej tidak berperikemanusiaan selain berharap orang ramai tidak terlalu taksub dengan kontroversi yang melanda Aliff.

"Jika ingin menghina... hinalah kami kerana kami ibu dan ayah dan tanggungjawab kami hingga ke liang lahat. Kami terima dengan hati yang terbuka dengan izin Allah.

alifff

Ibu minta netizen bertenang dengan sesuatu yang tidak pasti lagi.

"Dengan rendah hati kami mohon kemaafan dan juga kami memaafkan semua yang terlalu taksub pada manusia yang belum pasti kebenarannya.

"Yakinlah Allah masih menutup keaiban anda dan jika Allah buka keaiban anda pasti akan merasa apa yang kami rasa, Alhamdulillah. Taksublah hanya kepada Allah pencipta kita," ujarnya.

Sebelum ini, Hafiza memuat naik video pendek memperlihatkan Aliff dipercayai berada di Singapura pulang bertemu keluarganya.

Dia juga berdoa agar segala kesulitan yang dilalui oleh anak lelakinya itu akan berakhir.

aa

Kelibat Aliff dan Ruhainies bersama terakam di CCTV.

Tidak hanya itu, Hafiza juga didakwa sudah tidak lagi mengikuti akaun Instagram menantunya iaitu Bella Astillah.

Untuk rekod, nama Aliff kembali menjadi sebutan netizen sejak 9 Mac lalu apabila dia ditahan oleh Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur (Jawi) atas dakwaan khalwat bersama pelakon Ruhainies.

Susulan kontroversi itu, isteri kepada Aliff iaitu Bella Astillah pula memfailkan cerai di Mahkamah Rendah Syariah Kuala Lumpur pada 13 Mac lalu dan kes itu akan disebut pada 4 April ini.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di WhatsApp, Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain