suria

Norman Hakim mohon maaf kepada Abby Abadi, usaha selesaikan isu Marissa

Norman aku dengan kata-kata yang Abby lemparkan.

ENGGAN saling berbalas kenyataan lagi, pelakon Norman Hakim akhirnya mengalah dan memohon maaf atas kekhilafan yang dilakukannya terhadap bekas isteri iaitu Abby Abadi.

Norman atau Mohamed Nurhakim Zaidon, 48, berkata dia juga mengambil tanggungjawab terhadap kesalahan yang dilakukan oleh anak mereka iaitu Marissa Dania sekiranya ia berpunca daripada dirinya.

"Okaylah bok (panggilan Abby)... Ampun maaf untuk yang kesekian kali untuk segala kelemahan salah dan silap.

Untitled design

Norman akhirnya mengalah dengan Abby.

"Saya ambil tanggungjawab ini andai ini semua khilaf saya," katanya menerusi ruangan komen di hantaran dimuat naik oleh Abby di Instagram.

Dalam komen yang sama, dia juga memberitahu akan cuba sehabis baik menyelesaikan kemelut anak mereka.

Malah Norman berkata dia tiada cara untuk menghubungi Abby secara peribadi bagi membincangkan isu berkenaan.

ARTIKEL BERKAITAN: Marissa punya hal, Abby Abadi dan Norman pula berbalas komen tak puas hati

ARTIKEL BERKAITAN: “Tak semua benda kena kongsi” - Norman minta Abby Abadi bertenang, jawab dakwaan lepas tangan isu anak

"Seperti yang saya kata, insyaAllah saya usaha yang termampu. Jarang saya nak komen secara terbuka tetapi kami tidak mempunyai akses untuk menghubungi kamu.

"Dania kirim salam sayang buat awak. Doakan yang baik-baik bok," luahnya.

Sebelum ini, Norman menulis komen dihantaran terbaharu Abby meminta supaya bekas isterinyq itu tidak terlalu terbuka berkongsi mengenai kontroversi anak mereka.

Norman berkata dia bimbang sekiranya perkongsian Abby itu kelak hanya akan menimbulkan salah faham dan merumitkan keadaan.

553

Norman enggan keadaan bertambah keruh.

Abby bagaimanapun dilihat kurang senang dengan komen Norman itu dan mengaku kecewa dengan sikap bekas suaminya itu.

Pada 7 Februari lalu, nama Marissa menjadi bualan ramai apabila didakwa bernikah di Thailand dengan Ahmad Aslam.

Pernikahan itu dikatakan berlangsung ketika isteri pertama Aslam iaitu Misya Mazlan sedang menunaikan umrah di Tanah Suci Makkah pada 27 Disember tahun lalu.

Untuk rekod, Abby atau Arbaiyah Abdul Manan, 47, dan Norman mendirikan rumah tangga pada 2002 namun bercerai pada 2009.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di WhatsApp, Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain