suria

Komen berbaur jahat berdepan tindakan, peguam Risteena ‘screenshot‘ semua bukti

Risteena tidak lagi bertolak ansur dengan kecaman netizen.

PELAKON Risteena tetap akan mengambil tindakan undang-undang terhadap pihak yang membuat sebarang hantaran berbaur hinaan dan fitnah terhadap adiknya iaitu Ruhainies.

Risteena Munim, 34, berkata, walaupun di antara mereka yang sudah memadam komen dibuat namun pihak peguamnya sudah menyimpan semua tangkap layar dibuat.

"Walaupun dah padam, semua bukti berunsur fitnah, lucah dan maki akan di screenshot oleh pihak peguam. Tolong bagi kerjasama nanti," katanya.

risteena

Risteena tidak mahu berdiam diri lagi.

Risteena berkongsi perkara itu menerusi Instastory miliknya pada pagi Jumaat.

Menerusi perkongsian tersebut dia turut berkongsi beberapa tangkap layar mesej yang diterimanya sebaik sahaja adiknya membuat penjelasan berhubung insiden ditangkap khalwat.

Sebelum ini, Risteena menjelaskan dakwaan Ruhainies dan Aliff ditahan Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (Jawi) pada pukul 3 pagi adalah tidak benar.

ARTIKEL BERKAITAN: Ditahan Jawi 3 pagi tidak benar, kakak tunjuk bukti perbualan dengan Ruhainies

ARTIKEL BERKAITAN: Kehadiran Bella Astillah dan media punca Ruhainies tak buka pintu, elak perkara tidak diingini berlaku

Sebaliknya, pihak penguatkuasa Jawi tiba di kondominium milik Ruhainies sekitar pukul 11 malam.

Pada malam Khamis, Aliff dan Ruhainies akhirnya tampil menjelaskan kejadian sebenar selain kedua-dua mereka menafikan mempunyai hubungan istimewa.

Pada 9 Mac lalu, dunia hiburan kecoh apabila Aliff dan Ruhainies ditahan Jawi di sebuah kondominium di Kuala Lumpur.

2584104

Kelibat Aliff dan Ruhainies terakam di CCTV kondominium.

Mereka bagaimanapun dibebaskan dengan jaminan sekitar pukul 2 hari sama dan bakal didakwa di Mahkamah Syariah.

Pada Isnin lalu, Bella memfailkan cerai terhadap Aliff secara ekspres namun sebutan pada Rabu lalu ditangguhkan apabila aktor itu tidak hadir kerana terikat dengan penggambaran drama.

Untuk rekod Bella dan Aliff mendirikan rumah tangga pada 9 September 2016.

Hasil perkongsian hidup mereka dikurniakan dua cahaya mata iaitu Mohamad Ayden Adrean dan Ara Adreanna yang masing-masing berusia tujuh dan empat tahun.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di WhatsApp, Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain