suria

Berdoa diberi kebahagiaan, madu Adira kongsi foto di mahkamah undang spekulasi

Datin Red berkongsi foto berada di luar mahkamah.

MADU kepada penyanyi Adira Suhaimi menimbulkan tanda tanya dalam kalangan netizen apabila berkongsi foto berada di sebuah mahkamah pada Isnin.

Datin Seri Sharifah Norshafila Hashim atau lebih mesra disapa Datin Red turut memberi bayangan dia percaya dengan takdir yang telah ditentukan adalah terbaik buat dirinya.

"Serahkan urusanmu kepada Allah. Senyumlah dan tenanglah. Jika sesuatu datang kepadamu itu pasti milikmu.

red1 - 1

Perkongsian Datin Red yang dimuat naik di Instastory miliknya.

"Dan jika sesuatu itu tidak datang kepadamu maka pasti sesuatu itu tidak sesuai untukmu. Teruslah percaya kepada Allah dan ucapkan Alhamdulillah," kongsinya.

Dalam pada itu, Datin Red turut meluahkan sudah merasai pelbagai ujian dalam kehidupan termasuk ekonomi, keluarga, hubungan dan pekerjaan.

Malah katanya, kehidupannya pernah berada dititik paling bawah dan berdoa agar diberikan kebahagiaan.

ARTIKEL BERKAITAN: Adira buat kejutan hari jadi madu, siap hadiahkan gelang tangan... Netizen tersentuh tengok hubungan akrab

ARTIKEL BERKAITAN: Adira fail cerai kali kedua terhadap suami, hakim tegur Datuk Red cuba lambatkan kes

"Ujian apa lagi yang belum aku rasakan. Ekonomi, keluarga, hubungan, pekerjaan semuanya telah diuji kepadaku berada dititik paling bawah pun telah aku rasakan.

"Ya Allah bolehkan aku meminta bahagian kebahagiaanku," luahnya.

Malah wanita itu turut berkongsi foto berada di luar kamar mahkamah dengan diiringi muzik latar lagu nyanyian penyanyi Agnes Monica berjudul Rapuh.

Untuk rekod, Datin Red merupakan isteri pertama kepada Datuk Red atau nama sebenar Datuk Seri Adnan Abu.

Hasil perkahwinan tersebut mereka dikurniakan lima orang cahaya mata.

red2 - 1

Datin Red memberi bayangan reda dengan takdir yang tertulis.

Pada 3 Disember 2015, Datuk Red kemudiannya berkahwin dengan Adira di Songkhla, Thailand.

Pasangan ini dikurniakan empat orang cahaya mata iaitu Anggrek, 7, Asan, 6, Anggun, 5, dan Ayoub yang kini berusia tujuh bulan.

Adira kini sedang dalam proses bercerai dengan Datuk Red.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di WhatsApp, Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan You

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain