suria

Adira buat kejutan hari jadi madu, siap hadiahkan gelang tangan… Netizen tersentuh tengok hubungan akrab

Adira beri kejutan buat Datin Red.

PENYANYI Adira Suhaimi membuat kejutan meraikan ulang tahun kelahiran madunya, Datin Seri Sharifah Norshafila Hassim atau lebih dikenali sebagai Datin Red.

Menerusi perkongsian video yang dimuat naik di Instagram, Adira, 32, dilihat mengunjungi kediaman Datin Red dengan membawa kek dan jambangan bunga.

Malah, penyanyi lagu Ku Ada Kamu itu juga turut menghadiahkan seutas gelang tangan kepada madunya itu.

adira2 - 1

Datin Red terharu menerima kejutan daripada Adira.

"Selamat hari ulang tahun kelahiran kakak sayang. Tak tahu nak cakap apa tapi Alhamdulillah, datang awal sehari sebab esok takut tak sempat singgah," katanya.

Sementara itu, Datin Red menerusi Instagram miliknya mengucapkan terima kasih kepada Adira kerana datang ke rumah untuk menyambut ulang tahun kelahirannya.

ARTIKEL BERKAITAN: Tampil sedondon sambil pimpin tangan, madu Adira Suhaimi minta Allah jaga hubungan mereka

ARTIKEL BERKAITAN: Adira Suhaimi 'tutup kilang', ambil keputusan ikat peranakan... Bimbang risiko jika hamil lagi

"Saya tak nak kata apa. Tiba-tiba kata nak datang rumah. Tiba-tiba kata OTW (on the way). Sebenarnya hari ini saya burnout gila. Tiba-tiba Allah hantarkan aku orang yang baik.

"Terima kasih sudah bersabar menjadi adikku. Maafkanlah kakakmu ini yang banyak kekurangan. Adira terima kasih takt ahu nak balas macam mana kebaikan awak," ujarnya.

Kedua-dua mereka dilihat sangat mesra sambil Adira menyuapkan kek kepada Datin Red.

Malah, Datin Red turut dilihat mengalirkan air mata terharu dengan kedatangan penyanyi itu.

adira1 - 1

Adira memberi penghargaan buat Datin Red.

Untuk rekod, perkahwinan Datuk Red atau nama sebenar Datuk Seri Adnan Abu mempunyai lima orang cahaya mata.

Pada 3 Disember 2015, Adira berkahwin dengan Datuk Red di Songkhla, Thailand sebagai isteri kedua.

Hasil perkahwinan itu, mereka dikurniakan empat orang cahaya mata iaitu Anggrek, 6, Asan, 5, Anggun, 4 dan Ayoub yang kini berusia enam bulan.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain