suria

[V] Syarikat kini milik Aisyah Hijanah, Alif Teega tak anggap isteri tamak tapi memang layak - “Sepatutnya buat sebelum poligami”

PEMPENGARUH media sosial dan usahawan Aisyah Hijanah meluahkan rasa syukur apabila kes harta sepencarian yang dibicarakan di mahkamah akhirnya selesai.

Aisyah atau Aisyah Hijanah Azhari, 29, berkata, syarikat Hijanah yang sebelum ini diusahakan bersama suami iaitu Alif Teega kini miliknya.

"Hari ini kita baru sahaja habis perbicaraan untuk kes harta sepencarian yang kita sudah persetujui sebelum ini.

aisyah 1

Aisyah mendapat hak milik sepenuhnya dalam syarikat.

"Hari ini selesai sudah semua dan disahkan oleh hakim.

"Syarikat Hijanah ini kita uruskan bersama tapi Alhamdulillah Alif pun sudah serahkan sepenuhnya atas nama Aisyah," katanya ketika ditemui mStar.

Aisyah memaklumkan perkara itu ketika ditemui di Mahkamah Tinggi Syariah Shah Alam selepas perbicaraan kes berkenaan pada pagi Isnin.

ARTIKEL BERKAITAN: Alif Teega serah semua aset kepada isteri pertama, Aisyah Hijanah bukan gila harta cuma fikir masa depan

ARTIKEL BERKAITAN: Stres, kurang makan punca saiz bayi dalam kandungan Aisyah Hijanah kecil... Alif Teega bahagia terima takdir tertulis

Dalam pada itu, Alif berkata, pemberian syarikat tersebut kepada isteri pertamanya itu bukan menunjukkan wanita itu seorang yang tamak.

Sebaliknya kata Alif, Aisyah layak mendapat hak penuh syarikat tersebut memandangkan ia diuruskan sendiri olehnya.

"Apa yg kita buat hari ini bukan menunjukkan isteri tamak, nak bolot semua.

Dia (Aisyah) sesuai dapat apa yang dia dapat

ALIF TEEGA

PEMPENGARUH MEDIA SOSIAL

“Selayaknya Aisyah dapat sepenuhnya harta ini. Benda ini sepatutnya dibuat sebelum poligami. Isteri ada hak minta apa yang dia nak,” ujarnya.

Ditanya mengenai pembahagian harta buat isteri kedua dikenali sebagai Fatin, Alif berkata, dia mempunyai bahagian yang tersendiri.

“Rezeki dia ada. Tak semestinya kita bagi (Aisyah) semuanya, dia (Fatin) tidak dapat apa. Dia (Aisyah) sesuai dapat apa yang dia dapat.

aisyah 2

Aisyah dan Alif bersama dua anak mereka.

“Takkan yang diusahakan ini, yang kedua tak merasa. Biarlah Aisyah uruskan. Dia (Fatin) ada rezeki dia. Ada bahagian dia,” ujarnya.

Sebelum ini, Aisyah mendedahkan segala harta sepencarian bersama suami telah dipindah milik penuh kepada dirinya.

Harta sepencarian yang dimaksudkan termasuklah pegangan perniagaan tudung, rumah, kereta dan aset-aset lain.

Dalam pada itu, Aisyah turut berkongsikan berita gembira apabila bakal melahirkan anak ketiganya pada Mac.

“Alhamdulillah bulan depan Aisyah akan bersalin bayi perempuan. Pada awalnya pergerakan bayi sedikit perlahan. Akhir-akhir ini semakin baik,” katanya.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di WhatsApp, Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain