suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Suami wakil Mizz Nina proses sulh hak penjagaan anak angkat, Noh Salleh harap dapat penyelesaian baik

Essam (kanan) hadir di mahkamah mewakili Mizz Nina.

PENYANYI Noh Salleh mengharapkan mendapat satu penyelesaian yang baik berhubung kes penjagaan anak angkatnya bersama bersama bekas isteri Mizz Nina.

Noh atau Mohammad Noh Salleh, 39, memamklumkan perkara itu ketika tiba di Mahkamah Tinggi Syariah Shah Alam, pada jam 8.50 pagi tadi.

“Insya-Allah, saya mendoakan penyelesaian yang baik,” katanya kepada mStar.

noh salleh 2

Noh sebelum ini memohon maaf atas isu mendedahkan wajah anak.

Noh hadir ke mahkamah bagi prosiding Sulh yang difailkan oleh Shazrina Azman, 44, bagi hak penjagaan anak angkatnya, Musa.

Noh hadir ditemani dua orang pengawal peribadinya.

Sementara itu, menurut peguam iaitu Mahmud Abdul Jumaat yang mewakili Mizz Nina, anak guamnya itu tidak hadir.

ARTIKEL BERKAITAN: Dedah nama penuh anak angkat, Noh Salleh dianggap tak sensitif

ARTIKEL BEKAITAN: Noh tak tahu ada perjanjian bekas isteri dengan ibu kandung Musa... Tampil mohon maaf, padam foto anak angkat

Sebaliknya Mizz Nina diwakili oleh suaminya, Essam Muhammad.

Sebelum itu, Nina mendakwa Noh membawa keluar anak angkatnya, Musa tanpa kebenaran dan pengetahuan pihaknya.

Jelas Nina, ia memberikan kesan emosi kerana tidak pernah berjauhan dengan Musa selama itu.

Kejadian tersebut berlaku pada 19 Disember tahun lalu, ketika dia dalam penerbangan menuju ke Tokyo, Jepun atas urusan kerja.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di WhatsApp, Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain