BERKONGSI video mengenai hutang, penyanyi Naufal Azrin bagaimanapun menafikan ia bertujuan menyindir mana-mana pihak yang berkaitan. Kata Naufal atau Ahmad Naufal Azrin, 26, ia hanyalah sekadar kandungan media sosial bagi mengisi masa lapang dan terserah kepada peminat untuk membuat tanggapan sendiri. "Ia sekadar content sahaja. Sekadar mengisi masa lapang apabila tidak menyanyi. Saya buat video itu dan kongsi di media sosial. Video yang dikongsi Naufal menimbulkan tanda tanya ramai. "Tiada niat pun nak sindir atau salahkan mana-maan pihak. Terpulang kepada tanggapan orang ramai. Jika ada yang terasa mungkin dia ada berhutang dengan saya," kata ketika dihubungi mStar. Terdahulu, Naufal berkongsi video berkenaan di laman sosial milik yang juga dirakam bersama rakan penyanyi iaitu Isma Sane. Ada yang membuat andaian kononnya ia berkaitan hutang dengan sebuah syarikat pengurusan memandangkan Isma sebelum ini pernah menuntut hutang berkenaan. ARTIKEL BERKAITAN: Isma Sane sudah hilang sabar, hampir 5 tahun tuntut hutang RM30,000 tiada hasil... Mahu terjah rumah bekas bos ARTIKEL BERKAITAN: Pakai rantai, baju tayang bulu dada... Naufal Azrin sekadar ikut konsep persembahan, tak baca komen netizen Mengulas perkara tersebut, Naufal memberitahu dia juga mengalami nasib sama apabila syarikat berkenaan masih belum menjelaskan bayaran royalti kepadanya. "Benar syarikat itu ada hutang dengan saya, tetapi kami sudah jumpa jalan penyelesaian selepas mengadakan pertemuan pada hujung tahun lalu. Jadi kes saya hampir selesai. Jika ada yang terasa mungkin dia ada berhutang dengan saya NAUFAL AZRIN PENYANYI "Jumlah hutang berkenaan adalah puluhan ribu dan ia melibatkan bayaran royalti sepanjang saya bernaung di bawah syarikat tersebut. "Kalau boleh saya juga tidak mahu terlalu berkongsi hal ini. Cukuplah buat mereka yang tahu sahaja isu ini," ujarnya. Naufal kini bernaung dengan syarikat pengurusan baharu. Sementara Naufal memaklumkan dia kini tidak lagi bernaung di bawah syarikat pengurusan berkenaan dan bakal tampil dengan beberapa lagu dalam masa terdekat. "Saya sekarang dengan sebuah syarikat pengurusan baru yang akan diberitahu kemudian. Saya juga akan tampil dengan beberapa buah lagu baru dan konsepnya masih sama iaitu ke arah muzik Arab," jelasnya. Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di WhatsApp, Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube TONTON VIDEO PILIHAN!