suria

Dapat undian tertinggi, nama Puteri Jannah gugur didakwa beli ‘likes’... Ibu minta penganjur Anugerah KNKV perbaiki sistem 

Ibu Puteri Jannah anggap anaknya difitnah tentang beli likes untuk tercalon dalam Anugerah KNKV.

IBU kepada pelakon Putri Jannah iaitu Marziedah Thamsir mempertikaiakan sistem pemilihan pemenang bagi Anugerah KNKV selepas nama anaknya digugurkan sebagai calon bertanding.

Apa yang membuatkan Marziedah, 43, lebih kecewa apabila pihak pengurusan mendakwa Putri membeli likes menyebabkan nama aktres tersebut digugurkan.

"Dia tercalon dalam kategori aktres terbaik, pencalonan undian peminat dan kalau ikutkan keseluruhan likes Jannah sangat tinggi berbanding calon lain.

size NP 1 (60)

Marziedah tak percaya Putri Jannah beli likes.

"Tiba-tiba bila hebahan top 10 nama Jannah tak tercalon dan dapat surat daripada pihak KNKV kata dia beli likes.

"Kalau ikutkan pencalonan itu, likes paling tinggi 165 tapi jannah 2,000 lebih like. Kemudian dakwa Jannah beli likes," katanya ketika dihubungi mStar pada Rabu.

Dalam pada itu, Marziedah menyifatkan dakwaan itu tidak munasabah dan surat rayuan yang dihantar tetap kembali dengan keputusan sama.

ARTIKEL BERKAITAN: Selepas nama digugurkan, Aaron Aziz terus dapat ‘offer’ berlakon filem Yusof Haslam... “Ini kebetulan, tak ada isu dengan Syamsul”

ARTIKEL BERKAITAN: Pendedahan Puteri Balqis beri kesan kepada kerjaya, nama digugurkan bintangi drama 14 episod

Susulan itu, Marziedah berharap pihak penganjur memperbaiki sistem undian mereka kerana dakwaan Jannah membeli likes itu mencemarkan nama baiknya sebagai pelakon.

"Saya tak berpuas hati dengan cara sistem mereka, betulkan sistem mereka jangan buat macam ini. Kalau betul ada sabotaj kami seperti difitnah.

"Kalau tiada bertanya saya tak peduli tapi banyak pihak hubungi tanya kenapa Jannah tak tersenarai," katanya.

Betulkan sistem mereka jangan buat macam ini.

MARZIEDAH THAMSIR

IBU PELAKON PUTERI JANNAH

Sementara itu, apabila ditanya mengenai keadaan Jannah, Marziedah memberitahu anaknya itu murung selepas mengetahui dia difitnah membeli likes.

"Jannah jadi murung, dia tak buat benda tak baik tapi dapat fitnah macam itu. Sedangkan tak perlu beli pun, kalau kata ada likes palsu.

"Tolak likes tu pun jannah masih tertinggi," ujarnya.

size NP 1 (61)

Putri Jannah murung selepas namanya digugurkan kerana didakwa membeli likes.

Untuk info, Jannah atau Putri Syahadah Nurjannah Izwandy, 24, tercalon dalam KNKV Viral Award 2024 bagi kategori Best Viral Actress.

Namun namanya tiba-tiba digugurkan kerana undiannya terlalu tinggi serta meragukan, lalu pihak produksi mendakwa aktres itu membeli likes.

Anugerah KNKV Viral Award 2024 bakal berlangsung pada 20 Februari depan di Zepp Kuala Lumpur pada pukul 8 malam.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di WhatsApp, Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain