suria

Syarikat kecantikan tanggung kerugian, dakwa Ruhainies tarik diri selepas 2 bulan jadi duta

Jenama Aurebella dakwa Ruhainies langgar perjanjian.

TERPAKSA menanggung kerugian ratusan ribu ringgit, syarikat kecantikan Aurebella Beauty nekad mengambil tindakan undang-undang terhadap pelakon Ruhainies.

Menurut pengarah urusan iaitu Mohamad Aiman Hakim Nor, aktres berkenaan dilantik sebagai duta salah satu produk mereka pada Mac lalu namun tidak melaksanakan tanggungjawab seperti dipersetujui.

"Secara kasarnya kami tidak berpuas hati dengan prestasi kerja Ruhainies selepas dua bulan dilantik sebagai duta.

ruhainies 3

Tindakan Ruhainies menyebabkan kerugian kepada Aurebella.

"Banyak perkara yang tidak dilakukan namun pihak kami masih belum boleh mendedahkannya buat masa ini.

"Penarikan dirinya disaat syarikat baru bermula tidak sampai dua bulan telah menyebabkan kerugian yang besar kepada syarikat," katanya kepada mStar.

Aiman berkongsi perkara itu menerusi satu sidang media yang berlangsung di Kota Damansara, Selangor pada petang Jumaat.

ARTIKEL BERKAITAN: Ruhainies mohon maaf, tergesa-gesa punca pakai ‘inner’ nampak lurah

ARTIKEL BERKAITAN: Cantik Ruhainies ‘fitting’ baju pengantin, bagi hint dah nak kahwin... Netizen pula bimbang kena ‘prank’ lagi

Enggan perbalahkan antara pihaknya bersama aktres berkenaan berpanjangan, Aiman menuntut dua perkara terhadap Ruhainies.

"Ruhainies perlu menanggung semua kerugian yang syarikat kami alami dan dia juga perlu membuat permohonan maaf secara terbuka”

Dalam pada itu, Aiman turut mendakwa Ruhainies telah merendahkan syarikat berkenaan sekali gus menganggap ia sebagai satu penghinaan buat mereka.

Jenama Aurebella dakwa Ruhainies langgar perjanjian.

Aiman (kanan) akui alami kemurungan atas tindakan Ruhainies.

Malah pihaknya juga mengalami tekanan disebabkan kejadian tersebut kerana syarikat baharu sahaja ditubuhkan.

"Pengunduran Ruhainies menyebabkan kami memgalami kerugian daripada majlis pelancaran, produk yang telah dicetak nama Ruhainies dan juga jualan daripada master stokis yang bersetuju untuk bersama kami," katanya.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di WhatsApp, Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain