suria

Ruhainies mohon maaf, tergesa-gesa punca pakai ‘inner’ nampak lurah 

Ruhainies cuba menutup bahagian dada dalam beberapa keping gambar yang dimuat naik.

PELAKON Ruhainies tampil membuat permohonan maaf susulan dia dikecam memakai baju yang mendedahkan lurah dadanya ketika menghadiri sebuah acara fesyen baru-baru ini.

Ruhainies atau Nur Ruhainies Farehah Zainul Ilyas, 31, menjelaskan ketika kejadian dia dalam keadaan tergesa-gesa sehingga tidak sempat mencuba lapisan inner yang dibeli sehari sebelum majlis berlangsung.

Saya mohon maaf atas apa yang berlaku... Salah saya sendiri pakai baju inner yang menampakkan bahagian dada.

"Ketika itu saya tergesa-gesa hendak hadir majlis pelancaran sebuah butik sampai tak sempat mencuba inner yang baru saya beli sehari sebelum majlis.

ruhainies 2

Ruhainies mengakui kesilapannya dan berjanji ia tidak akan berulang.

"15 minit sebelum majlis baru saya pakai baju tersebut... Apabila dah pakai, barulah saya perasan," katanya ketika dihubungi mStar pada Selasa.

Instagram milik Ruhainies sebelum ini diserang netizen selepas dia memuat naik gambar memakai sut berwarna hijau zamrud itu ke acara berkenaan.

Menerusi beberapa foto tersebut, Ruhainies dilihat meletakkan tangan pada dadanya setiap kali bergambar bagi melundingi bahagian itu daripada terdedah.

ARTIKEL BERKAITAN: Serik kongsi kisah cinta, Ruhainies nak kukuhkan nama dalam industri seni

ARTIKEL BERKAITAN: “Saya bebas berkawan dengan sesiapa” - Ruhainies minta henti sebar fitnah bercinta dengan anak ahli politik

Dalam pada itu, Ruhainies berkata, rakan-rakan yang hadir pada majlis tersebut turut terkejut melihat penampilannya yang seksi kerana tidak pernah melihatnya berani dalam berfesyen.

"Kawan-kawan yang datang ketika itu pun ada yang terkejut sebab sebelum ini saya tidak pernah seksi sebegitu. Selain kecaman, banyak juga komen di media sosial yang kecewa dengan penampilan tersebut.

"Pada hari itu saya ada tiga acara, jadi selepas majlis pelancaran itu itu saya terus beli inner baru dan menukarnya," ujarnya.

ruhainies 3

Ruhainies sebelum ini sangat berhati-hati tentang pemilihan pakaian ketika menghadiri majlis.

Tambah aktres ini dia juga berjanji kejadian sama tidak akan berulang di masa akan datang.

Sebagai seorang pelakon yang sering menjadi tumpuan ramai, Ruhainies juga cukup tegas berpegang pada prinsip dalam pemilihan gaya ketika menghadiri majlis.

"Saya ada prinsip tidak akan pakai terlalu seksi apabila hadir mana-mana majlis. Selama ini pun saya amat menjaga penampilan supaya tidak keterlaluan.

"Saya janji kejadian seperti ini tidak akan berulang lagi. Saya akan lebih berhati-hati," jelasnya.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain