suria

Ini kata-kata Ali Puteh buat Abby Abadi: “Sibuk kain orang, kain sendiri terbuka” 

Ali Puteh mendoakan urusan keluarga Abby Abadi dipermudahkan.

ISU melibatkan anak perempuan selebriti Abby Abadi dan Norman Hakim yang hangat diperkatakan sejak Jumaat lalu susulan dia didakwa menjadi penyebab keruntuhan rumah tangga sepasang suami isteri terus menjadi bualan ramai.

Walaupun Marissa Dania Hakim sudah tampil mengakui kesilapan atas isu tersebut namun kebanyakan netizen seakan-akan masih belum berpuas hati dengan kenyataan dikeluarkan remaja berusia 18 tahun itu.

Tidak ketinggalan pelawak Ali Puteh yang turut tampil mengulas mengenai isu tersebut di Iaman sosial miliknya.

Alii

Perkongsian Ali di Instastory berhubung isu melibatkan anak Abby Abadi dan Norman Hakim.

Ali atau Syed Ali Mubarak Syed Mohd Ridzuan, 34, seolah-olah mengambil langkah 'pulang paku buah keras' kepada Abby apabila mendakwa bekas anggota kumpulan Elite itu pernah mencampuri urusan orang lain sehingga kini terkena pada dirinya sendiri.

Ali bagaimanapun berharap kemelut yang melanda anak Abby dan Norman dapat diselesaikan secara baik.

ARTIKEL BERKAITAN: “Saya mengaku salah” - Anak Norman dan Abby akhirnya buka mulut, katanya bukan semua cerita tular itu benar

ARTIKEL BERAKITAN: Bekas suami salahkan anak Abby, Norman... Mengaku lemah dikejar Marissa walaupun dah putus hubungan

"2022 berlalu kini 2023... Moga baik-baik sahaja buat keluarganya.

"Kadang-kadang terlalu sibuk kain orang... Kain sendiri terbuka," tulisnya.

Ali turut memuat naik tangkap layar dua artikel yang salah satunya bertajuk Abby Abadi buka mulut: Isu kontroversi anak perlu diperjelaskan di Instastory miliknya.

Abby

Isu melibatkan anak Abby hangat diperkatakan.

Manakala pada bahagian sebelahnya pula Ali menampal artikel berkenaan isunya bersama bekas kakak iparnya iaitu Nor Hidayah Hamzah pada 2020 yang bertajuk "Apapun alasan yang diberi, saya di pihak..." - Abby Abadi ulas isu Ali Puteh dan balu Abam, kongsi kefahaman hak seorang balu.

Menerusi artikel itu, Abby ada mengulas mengenai isu melibatkannya dan Nor Hidayah yang ketika itu kemelut di antara mereka sedang hangat diperkatakan.

Abby dilaporkan memihak kepada keluarga Hidayah selain meluahkan hasrat untuk bertemu dengan anaknya sekiranya mempunyai masa terluang.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain