suria

Noh tak tahu ada perjanjian bekas isteri dengan ibu kandung Musa… Tampil mohon maaf, padam foto anak angkat

Noh akhirnya tampil bersuara berhubung pendedahan ibu kandung Musa.

PENYANYI Noh Salleh tampil membuat permohonan maaf secara terbuka kepada ibu kandung anak angkatnya, Musa iaitu Wan Nuraisyah Athirah Wan Amizulkhidi pada Jumaat.

Noh atau Mohammad Noh Salleh, 39, bagaimanapun menjelaskan dia sama sekali tidak mengetahui sebarang perjanjian di antara wanita itu dengan bekas isterinya iaitu Mizz Nina.

"Saya tidak tahu menahu akan perjanjian yang dibuat oleh pihak ibu kandung dan pihak bekas isteri saya, Mizz Nina di mana kami dilarang untuk memuat naik gambar muka Musa di mana-mana platform.

noh 11

Noh membuat permohonan maaf secara terbuka di akaun Instagramnya pada petang Jumaat.

"Saya hanya berbuat demikian kerana terlalu rindukan Musa dan ingin saya jelaskan sekali lagi bahawa Musa bukan berada di bawaah jagaan saya pada waktu ini dan telah pun saya serahkan kepada pihak Mizz Nina seperti mana yang telah saya jelaskan sebelum ini," katanya menerusi Instagram.

Dalam pada itu, penyanyi Angin Kencang itu turut menafikan dakwaan kononnya dia memanipulasi wanita berkenaan.

Kata Noh, persetujuan telah pun dicapai dengan pihak ibu kandung untuk memberikan penjagaan Musa kepadanya secara sedar dan tanpa paksaan daripada mana-mana pihak.

ARTIKEL BERKAITAN: Noh Salleh hormat keputusan mahkamah, Musa sudah kembali ke pangkuan Mizz Nina

ARTIKEL BERKAITAN: Noh Salleh jawab dakwaan culik anak angkat, usaha berdamai dengan Mizz Nina tak berhasil

Ini termasuklah tidak ada apa-apa syarat untuk berkongsi gambar muka Musa di media sosial.

Noh bagaimanapun berkata dia memahami dan menghormati kedudukan Athirah sebagai ibu kandung kepada Musa.

Justeru itu, Noh akan menuruti tuntutan Athirah untuk tidak lagi memuat naik gambar Musa dan memadam semua foto kanak-kanak itu di media sosial miliknya.

WhatsApp Image 2024-01-26 at 18.26.14

Noh berkata dia memuat naik gambar kerana terlalu merindui Musa.

Dia juga berharap agar isu ini dapat diselesaikan dengan baik kerana sudah mendapat perintah untuk hadir ke Mahkamah Syariah Shah Alam pada 5 Februari ini bagi proses Sulh dan 6 Februari untuk tarikh perbicaraan.

Vokalis kumpulan Hujan ini juga berharap dengan penjelasan yang dibuat itu dapat menjernihkan keadaan dan berdoa agar isu tersebut dapat diselesaikan.

Sebelum ini, Athirah menuntut permohonan maaf secara terbuka daripada Noh, susulan didakwa melanggar perjanjian bagi merahsiakan wajah Musa.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di WhatsApp, Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain