PELAKON dan usahawan Rozita Che Wan tidak tahu menahu mengenai notis kebankrapan yang dikeluarkan Mahkamah Tinggi Shah Alam atas dakwaan gagal membayar cukai kepada Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN). Rozita atau Che Ta, 50, berkata, sehingga kini dia tidak pernah menerima sebarang notis daripada pihak mahkamah selain menegaskan tidak pernah culas membayar cukai setiap bulan. "Siapa kata saya bankrap? Saya bayar LHDN setiap bulan. Hampir RM50,000 setiap bulan! Rozita tidak pernah culas membayar cukai. "Kalau betul bankrap mestilah saya tahu dulu. Saya pun tidak maklum akan hal ini," katanya kepada mStar. Rozita mengulas mengenai dakwaan itu ketika majlis pelancaran produk terbaharu RCW Glow Edition keluaran syarikat miliknya pada petang Rabu. Dalam pada itu, Rozita menjelaskan dia sendiri ada melantik seorang ejen bagi menguruskan semua hal berkaitan pembayaran cukai kepada LHDN. ARTIKEL BERKAITAN: Suami tak pernah suruh Che Ta buat kerja rumah, Zain Saidin paling jaga bab solat dan aurat ARTIKEL BERKAITAN: Che Ta 'sekolahkan' netizen sakit mata tengok Aaisyah pakai mekap, peminat back up... "Ini childhood life T20 ya" Katanya, dia akan merujuk dakwaan tersebut kepada ejen bagi perbincangan lanjut sekiranya notis berkenaan adalah benar. "Saya ada ejen yang uruskan. Tiada masalah pun dan saya pun tak pernah nak lari bayar cukai. "Saya bayar cukai melalui ejen. Jadi kena rujuk dan bincang dengan ejen dahulu," ujarnya. Rozita memberikan kepercayaan kepada ejen untuk membayar cukai. Rozita juga meluahkan rasa pelik apabila isu sama diperkatakan selepas tular berita dia ditahan di lapangan terbang sebelum ini. "Sebelum ini memang ada isu sampai saya kena tahan nak keluar (ke luar negara). Sekarang tiada masalah lagi. "Pelik isu ini timbul dan saya hanya buat kerja seperti biasa. Saya bukannya suka menunjuk-nunjuk," jelasnya. Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di WhatsApp, Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube TONTON VIDEO PILIHAN!