PENYANYI Mamat Exists diperintahkan oleh mahkamah untuk menjalani rawatan psikiatri bermula Selasa. Perintah tersebut dikeluarkan oleh Majistret Johor Bharu, Hidayatul Syuhada Shamsudin selepas pertuduhan dibacakan ke atas penyanyi itu kerana memiliki dan menggunakan dadah. Sementara itu, Mamat atau Mohd Ali Kamarudin, 46, ketika ditemui media di perkarangan mahkamah turut memohon doa peminat agar terus memberi sokongan terhadap kerjaya seninya. Mamat perlu jalani rawatan psikiatri. "Alhamdulillah saya sihat. Sekarang saya perlu dihantar ke pusat psikiatri bermula hari ini (Selasa). "Semoga peminat dapat beri sokongan lebih baik untuk saya teruskan kerjaya dalam masa terdekat," katanya kepada pemberita. Mamat dilihat berjalan keluar dari mahkamah dengan berpakaian putih dan tangan bergari. ARTIKEL BERKAITAN: Mamat mengaku tak bersalah miliki dan guna dadah ARTIKEL BERKAITAN: “Cerita yang tak ada pun diadakan” - Mamat (Exists) sedih banyak cerita buruk, risau boleh tutup periuk nasi Dalam pada itu, peguam kepada Mamat iaitu Azlina Abdul Aziz turut memaklumkan Mamat berdepan dengan masalah kesihatan mental sejak 10 tahun lalu. Dia yang ditahan di Johor Bharu pada 7 Januari lalu juga disahkan bebas daripada menggunakan bahan terlarang. Bagaimanapun Mamat ditahan bersama seorang lagi rakan yang dikehendaki berhubung kes melibatkan dirinya pada tahun 2019. Mamat mohon doa peminat. "Mamat akan dihantar di Hospital Permai untuk rawatan. Mamat sudah 10 tahun menghidap penyakit mental. Dalam tempoh itu Mamat makan ubat dan dapatkan suntikan ubat. "Semasa ditahan dan diperiksa, Mamat bebas bahan terlarang. Namun dia berada dalam senarai kehendaki berikutan kes lama berkaitan dadah pada tahun 2019," jelas peguam. Terdahulu Mamat berdepan dua pertuduhan yang masing-masing dibacakan di Mahkamah Majistret dan Sesyen di Johor Bharu. Berdasarkan pertuduhan pertama, dia didakwa memberi dadah berulang kepada diri sendiri jenis Methamphetamine pada pukul 2 pagi, 9 September 2019. Mamat juga didakwa telah melakukan kesalahan serupa masing-masing pada 2016 dan 2018. Dia bagaiamanpun mengaku tidak bersalah atas semua pertuduhan berkenaan. Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di WhatsApp, Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube TONTON VIDEO PILIHAN!