suria

“Cerita yang tak ada pun diadakan” - Mamat (Exists) sedih banyak cerita buruk, risau boleh tutup periuk nasi

Mamat kecewa apabila timbul khabar angin mengatakan karier seninya kian malap.

BEKAS vokalis kumpulan Exists iaitu Mamat sedih dengan pelbagai khabar angin membabitkan karier seninya yang dikatakan kian malap dan tenggelam timbul.

Mamat atau nama sebenarnya Mohd Ali Kamarudin, 42, berkata dia masih aktif menerima undangan nyanyian meskipun kini menetap di Johor Bahru.

ARTIKEL BERKAITAN: Ajai kongsi foto bersama Mamat selepas 20 tahun tidak bertemu, beri bayangan konsert reunion Exists

"Sedih bila orang kata karier saya tenggelam timbul sedangkan bukan begitu. Saya masih ada dalam industri cuma mungkin ada masa orang tak nampak.

"Saya tak pernah menyepi dan sentiasa ada. Kalau orang offer nyanyian, saya pergi.

Konsert Exists Reunion bakal diadakan pada 28 September depan.

"Cuma mungkin di media saya kurang menyerlah, bukan sebab mengelak publisiti cumanya tak ada benda nak dikongsi," katanya kepada mStar.

Mamat ditemui semasa sidang media Konsert Exists Reunion yang diadakan di Hard Rock Cafe, Kuala Lumpur pada Rabu.

Sementara itu, penyanyi dikenali menerusi lagu Untukmu Ibu ini kecewa apabila ada pihak membuat pelbagai andaian negatif mengenai dirinya tanpa merujuk dia terlebih dahulu.

"Saya kecewa dan sedih apabila timbul khabar angin yang buruk mengenai saya tanpa mereka bertanya kepada saya dulu.

"Kadang-kadang cerita yang tak ada pun diadakan. Sedangkan hal peribadi sepatutnya mereka kena dengar pada pihak yang benar.

Saya kecewa dan sedih apabila timbul khabar angin yang buruk mengenai saya tanpa mereka bertanya kepada saya dulu.

MAMAT

Bekas vokalis Exists

"Mungkin sebab cerita-cerita tak sedap didengar itulah yang membuatkan orang ingat saya dah tak mahu menyanyi dan menyepi daripada industri," ujarnya.

Bercakap mengenai Konsert Exists Reunion, ia akan berlangsung di Stadium Malawati Shah Alam, Selangor pada 28 September depan.

Konsert istimewa ini akan menggabungkan semua formasi asal Exists iaitu Musa (bass), Along (gitar), Ajai (keyboard), Shah (gitar), Ujang (dram) dan dua vokalis iaitu Mamat dan Ezad.

Tiket dijual di laman web www.mytiket.asia pada harga RM 700, RM360, RM260, RM160 dan RM130 untuk peminat melakar sejarah bersama mereka.

Mamat, Exists

Artikel Lain