suria

Isteri Shukri Yahaya keguguran - “Mungkin belum tiba waktunya kami timang cahaya mata kedua”

PASANGAN ini memiliki seorang cahaya mata bernama Aaira Ameena yang kini berusia 3 tahun.

HASRAT pelakon Shukri Yahaya untuk menimang cahaya mata kedua tidak kesampaian apabila isterinya, Tya Adnan mengalami keguguran pada Mac lalu.

Bercerita mengenai berita sedih tersebut, Shukri berkata keguguran itu berlaku pada awal kandungan.

“Memang kami tahu waktu itu Tya sedang hamil, namun ia masih berada di peringkat awal. Namun pada suatu hari Tya mengadu sakit perut.

ARTIKEL BERKAITAN: Kisah hitam itu buat Shukri Yahaya jarang muncul

ARTIKEL BERKAITAN: Pakcik tegur Shukri Yahaya jangan buat maksiat, anak pula minta maaf

“Hasil pemeriksaan doktor mengesahkan janin dalam kandungan sudah tidak bergerak," katanya kepada mStar.

Shukri dan Tya percaya soal rezeki dan reda dengan apa yang berlaku 

Shukri ditemui semasa majlis sidang media Toyota Gazoo Racing Festival musim ketiga pada Rabu.

Pelakon drama Asalkan Dia Bahagia ini bagaimanapun yakin semua yang terjadi mempunyai hikmah tersendiri.

“Tak dapat dinafikan memang sedikit kecewa atas keguguran Tya, namun kami suami isteri sudah reda.

“Mungkin belum tiba waktunya kami menimang cahaya mata kedua, semua yang berlaku pasti ada hikmahnya,” tambah Shukri.

Shukri dan Tya mendirikan rumah tangga pada November 2015 dan dikurniakan cahaya mata iaitu Aaira Ameena yang kini berusia 3 tahun.

Shukri Yahaya, Tya Adnan

Artikel Lain