“Hina ke orang macam saya kahwin dengan wanita muda?” - Ebby Yus terkilan komen negatif dikatakan tak layak untuk Zizi Kirana - Hiburan | mStar

“Hina ke orang macam saya kahwin dengan wanita muda?” - Ebby Yus terkilan komen negatif dikatakan tak layak untuk Zizi Kirana

Ebby maafkan netizen yang melemparkan kecaman terhadapnya disebabkan foto perkahwinannya dengan Zizi.

PELAKON Ebby Yus memberitahu dia sudah memaafkan netizen yang melemparkan kecaman terhadapnya gara-gara foto perkahwinannya dengan penyanyi Zizi Kirana tular di laman sosial.

Ebby, 55, bagaimanapun mengakui terkilan apabila ada segelintir netizen yang mengatakan dirinya tidak sesuai untuk berkahwin dengan wanita yang lebih muda.

ARTIKEL BERKAITAN: “Kak salah pilih calon suami ke?” - Peminat kecewa Zizi Kirana dan Ebby Yus bersanding di pelamin

ARTIKEL BERKAITAN: Ebby Yus terima tawaran kedua, peminat wanita pula mahu derma buah pinggang!

"Sebenarnya saya tak sangka boleh jadi macam ini tapi tak apa saya dah maafkan mereka sebab netizen akan komen apa sahaja yang mereka nampak.

Peminat menghantar mesej peribadi di Instagram Zizi.

"Saya tak ada masalah dengan semua komen. Cuma pada saya, berdosa ke hina ke orang macam saya ini dah tua, tak ada rupa kahwin dengan wanita muda dan cantik?

"Jadi satu dosa ke kalau memang benar saya dijodohkan dengan wanita muda dan cantik?" kata Ebby ketika dihubungi mStar pada Rabu.

Foto Ebby dan Zizi mengenakan busana pengantin dan bersanding di pelamin mengundang salah faham dalam kalangan netizen di laman sosial.

Malah ada juga segelintir mereka yang meluahkan rasa kecewa Zizi memilih Ebby sebagai suami yang dianggap sudah tua.

Menerusi laporan mStar pada Rabu, Zizi menjelaskan foto tersebut dirakam ketika mereka menjalani penggambaran sketsa komedi J.K.K yang akan bersiaran pada Oktober depan di TV3.

Ebby memberitahu dia masih bujang.

Dalam pada itu, pelakon filem This Is Pilah ini menegaskan statusnya masih bujang dan sehingga kini dia belum mempunyai kekasih.

Ebby bagaimanapun memberitahu dia tidak mampu untuk menolak ketentuan Allah sekiranya ditakdirkan berkahwin dengan wanita muda dan mempunyai rupa paras yang cantik.

"Saya masih lagi bujang, belum berkahwin dan belum ada kekasih. Bagi saya, kalau ditemukan jodoh dengan wanita muda, tiada istilah menolak atau terima.

"Tapi saya cuma tidak mampu menolak ketentuan Allah yang sudah mengaturkan segalanya. Kalau sesuatu perkara itu baik, kenapa perlu untuk menolak?," ujarnya.

Ebby Yus , Zizi Kirana

Klik

default image

Penerima sulung Anugerah Ikon Pesara sebak imbau saat bersama kanak-kanak disleksia – “Persaraan berbaloi... ada jadi pilot, arkitek dan peguam”

KARNIVAL Rasa Sayang (KRS) 2019 anjuran KWAP membuka mata bakal pesara dan pesara untuk bergiat aktif selepas persaraan.

default image

Ketuhar Panasonic Big Cubie memang power! Memasak kini lebih mudah, hidangan lebih sihat dan lazat

ANDA mahu memasak hidangan dalam waktu singkat? Panasonic Big Cubie boleh membantu.

default image

Subsidi untuk rakyat hidup selesa, ketahui fakta penting mengenai inisiatif ini

KOS sara hidup semakin meningkat dan kerajaan prihatin untuk mengurangkan beban rakyat.

default image

WKB 2030 sasar taraf hidup lebih baik untuk rakyat di seluruh negara

WKB2030 adalah pelan 10 tahun yang diperkenalkan kerajaan dalam memastikan Malaysia terus berkembang dengan mampan.

default image

Pakar ekonomi saran Malaysia laksana pembaharuan struktur

HALA tuju perdagangan dan pelaburan global memainkan peranan penting dalam ekonomi terbuka seperti Malaysia.

Artikel Lain