suria

Imbau kenangan 10 tahun lalu, Liyana Jasmay persoal filem kini kurang emosi “Hanya tembak-menembak, berlawan, seram dan berlumba”

Liyana masih teringat perasaan teruja dan gembira filem lakonannya menang di FFM 22.

PELAKON Liyana Jasmay meluahkan rasa hairan apabila kebanyakannya filem tempatan kini lebih memilih jalan cerita serius berbanding memaparkan kisah kekeluargaan.

Menurut Liyana, nilai kasih sayang antara perlu diterapkan dalam sesebuah karya agar ia dapat mendidik masyarakat menjadi manusia yang lebih baik.

ARTIKEL BERKAITAN: Nak nasihat atau sindir?- Lisa Surihani kecewa gaya Liyana Jasmay terus dikecam

"Jumpa gambar ini di online. Oh cepat masa berlalu. Ini ketika 10 tahun lalu. Papadom menang filem terbaik. Saya masih ingat perasaan teruja dan gembira.

Liyana memuat naik foto ketika filem Papadom memenangi Filem Terbaik FFM 22.

"Filem yang menyentuh perasaan, kasih sayang keluarga, keseronokan dan penuh rasa. Kenapa kita tak boleh bikin filem seperti ini lagi?

"Kenapa semua perlu jadi serius, jadi laju, jadi takut, tembak-menembak, berlawan, kereta lumba dan kekurangan emosi.

"Saya secara peribadi rasa kita perlukan genre ini untuk didik masyarakat supaya sentiasa menjadi manusia yang baik dan mempunyai belas kasihan," katanya.

Liyana, 31, turut mengimbau kenangan 10 tahun lalu ketika filem lakonannya iaitu Papadom berjaya merangkul anugerah Filem Terbaik di Festival Filem Malaysia 22 (FFM22).

Liyana yang memegang watak utama menerusi filem tersebut juga berjaya merangkul anugerah Pelakon Wanita Terbaik FFM22.

Rata-rata pengikut di laman sosial turut bersetuju dengan pendapat Liyana dan menganggap filem arahan pengarah Datuk Afdlin Shauki itu antara yang terbaik.

Liyana Jasmay.

"Cute story, suami saya akan jadi seperti Papadom untuk anak perempuan saya. Setuju kita perlukan cerita seperti ini di pawagam.

"Setuju! Dah lama tiada filem berkisahkan kekeluargaan dan komedi. Sekarang asyik-asyik hantu, khurafat, tembak-menembak dan lain-lain.

"Saya berharap akan ada banyak lagi filem seperti Papadom. Sebuah jalan cerita yang mudah tetapi mempunyai banyak makna dan keseronokan," komen beberapa netizen.

Selain Liyana, filem yang ditayangkan pada 2009 itu turut dibintangi oleh Afdlin Shauki, Scha Alyahya, Noorkhiriah, Vanidah Imran dan ramai lagi.

Liyana Jasmay, Papadom

Artikel Lain