Pakcik tegur Shukri Yahaya jangan buat maksiat, anak pula minta maaf

Seorang warga emas menegur Shukri Yahaya yang berlakon watak lelaki lembut tanpa mengetahui ia sebuah penggambaran drama.

SEORANG individu tampil memohon maaf kepada Shukri Yahaya bagi pihak bapanya yang menegur pelakon itu ketika menjalani penggambaran di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) pada Selasa.

Individu menggunakan akaun Twitter @Iedaa31 berkata, bapanya bertindak demikian berikutan tidak tahu ia adalah sebuah penggambaran drama.

"Video abah tepuk Shukri Yahaya di KLIA kepada Shukri Yahaya abah minta maaf sebab kacau. Abah tak tahu tengah berlakon," tulisnya pada Rabu.

Kicauan itu mendapat perhatian netizen dan pelakon berkenaan yang menganggap ia sebagai sesuatu yang mencuit hati.

Shukri turut membalas dengan meminta individu tersebut kirim salam kepada bapanya.

"Kirim salam abah awak, abah awak terbaik," ujarnya.

Shukri membalas kenyataan seorang individu di Twitter.

Video berdurasi 17 minit itu memperlihatkan adegan Shukri yang memakai seluar merah jambu berperwatakkan lelaki lembut memeggang tangan pelakon Fadzil Zahari.

Video yang dimuat naik pengacara Hlive! Elly Ariffin yang turut berlakon dalam drama tersebut menjadi tular di media sosial sejak malam Selasa.

Semasa adegan itu dirakamkan, Shukri sedang bersalaman dengan Fadzil Zahari dengan gaya lemah-lebut dan kemudian muncul seorang individu dari arah belakang menegur perbuatan mereka tanpa mengetahui ia adalah sebuah penggambaran drama.

Elly merakam aksi tersebut.

"Kami semua terkejut juga apabila tiba-tiba Shukri ditegur seorang pakcik ketika sedang dalam penggambaran dan ketika itu saya pula sedang merakam aksi tersebut.

"Pakcik itu datang dan tepuk bahu dia dengan nasihat "jangan buat maksiat dekat sini"," ujarnya.

Bagaimanapun insiden itu mencuit hati semua pihak.

Drama berjudul Split itu bakal disiarkan di Astro Citra pada 1 November ini.

Shukri Yahaya

Artikel Berkaitan

Klik

Wow! Usahawan dedah bagaimana SOP mampu jadikan bisnesnya lebih power

FRASA 'SOP' (Prosedur Operasi Standard) telah menjadi buah mulut dalam kalangan rakyat Malaysia sejak PKP (Perintah Kawalan Pergerakan) dimulakan pada bulan Mac 2020.

Kajian semula tarif IWK amat diperlukan untuk penjagaan alam sekitar dan kebersihan awam

DALAM usaha untuk mengekang penularan pandemik Covid-19 di seluruh dunia, banyak perniagaan yang terpaksa gulung tikar ketika tempoh PKP.

Semua ada! Menu dunia, lokasi menarik lengkapkan pakej Australia... destinasi ‘wish list’ percutian anda

AUSTRALIA bukan sahaja mempunyai pelbagai lokasi menarik tetapi menawarkan pelbagai pilihan makanan halal yang cukup mudah diakses di mana sahaja.

Covid-19: Seminar Dr Azizan diteruskan secara online, tapi auranya ‘fuhhh’ macam buat dalam dewan besar - “Kami tak nak tangguh kejayaan anda”

PENULARAN wabak Covid-19 semakin meruncing berikutan peningkatan mendadak jumlah kes jangkitan virus itu di Malaysia.

Ayuh utamakan keselamatan pekerja! Jom sasar kurangkan kecederaan, penyakit di tempat kerja

KESELAMATAN dan kesihatan dalam kalangan pekerja perlu sentiasa menjadi keutamaan.

Artikel Lain

Hanya 1 kes baharu Covid-19