suria

Aishah Azman perlu masa bersendirian selepas putus tunang “Syukur Allah beri petunjuk”

Aishah dan Syafie pernah meluahkan hasrat untuk berkahwin pada tahun ini.

PELAKON Aishah Azman berkata dia memerlukan masa untuk bersendirian selepas ikatan pertunangan dengan Syafie Naswip dilaporkan terlerai beberapa hari lalu.

Aishah, 23, ketika dihubungi mStar pada Rabu meluahkan perasaan syukur dengan petunjuk yang Allah berikan kepadanya.

ARTIKEL BERKAITAN: “Dugaan ini terlalu berat, tak mampu diteruskan” - Syafie Naswip dan Aishah Azman putus tunang

"Buat masa ini saya perlukan masa untuk bersendirian. Saya sangat bersyukur dengan petunjuk yang Allah berikan itu.

Foto kenangan Aishah ketika majlis pertunangan.

"Soal cinta ini saya ketepikan dahulu sebab sekarang ini saya akan teruskan memberi tumpuan sepenuhnya pada karier seni saya sahaja.

"Doakan yang terbaik untuk kehidupan saya akan datang untuk lebih ke hadapan dan berjaya dalam kerjaya saya," kata Aishah kepada mStar.

Pemilik nama Nor Aishah Afika Azman Shah ini juga berharap peminat mendoakan yang terbaik untuk kehidupan peribadi dan kerjayanya.

Pada Selasa lalu, Syafie mendedahkan ikatan pertunangan dengan Aishah sudah terlerai akibat tidak mampu melalui dugaan dalam tempoh pertunangan.

Syafie juga memberitahu keputusan berat itu dibuat bukan berpunca daripada orang ketiga atau masalah keluarga namun ia atas persetujuan bersama.

Apa yang saya boleh cakap yang saya sangat bersyukur dengan petunjuk yang Allah berikan pada saya.

Aishah Azman

Pelakon

Pasangan itu mengikat tali pertunangan dalam sebuah majlis tertutup yang diadakan di Forest Valley Hall, Cheras pada 7 April lalu.

Spekulasi mengenai hubungan Syafie dan adik kepada pelakon Afiq Muiz itu mula diperkatakan apabila mereka memadam foto bersama, selain sudah tidak lagi mengikuti akaun Instagram masing-masing.

Biarpun belum menetapkan tarikh perkahwinan, namun mereka pernah meluahkan hasrat untuk disatukan sebagai pasangan suami isteri pada akhir tahun ini.

Syafie dan Aishah mengenali satu sama lain sejak 2015 dan mula menjalinkan hubungan cinta sejak setahun lalu.

Aishah Azman, Syafie Naswip

Artikel Lain