suria

Serba tak kena! Fesyen Meerqeen di pembukaan butik mewah pula dikritik... “Sebagai duta saya perlu pakai koleksi mereka”

Penampilan Meerqeen di acara YSL mendapat perhatian netizen.

SELEPAS fesyen dan penampilan dikritik, pelakon Meerqeen tampil mengulas mengenai pemakaiannya semasa menghadiri majlis pembukaan sebuah butik jenama antarabangsa di pusat beli belah The Exchange TRX, Kuala Lumpur pada Rabu.

Menurut Meerqeen atau nama sebenarnya Muhammad Shameer Shauqeen Shaiful Izam, 23, sebagai duta jenama berkenaan, dia hanya menggayakan koleksi busana yang diberikan oleh pihak penganjur.

Malah, penampilan itu bukan bertujuan untuk menarik perhatian ramai tetapi sekadar melangsaikan komitmen kerja yang diberi.

"Saya kalau boleh tidak mahu beri komen berkenaan perkara ini. Saya hanya menggayakan pakaian yang diberikan pihak penganjur.

Meerqeen sekadar menghormati pemberian pakaian oleh pihak penganjur.

Meerqeen sekadar menghormati pemberian pakaian oleh pihak penganjur.

"Sebagai duta produk bagi jenama tersebut sudah tentu saya perlu memakai koleksi pakaian mereka. Saya sekadar menghormati pihak mereka yang telah menyediakan semua persalinan untuk saya.

"Saya berpakaian seperti itu bukan untuk menarik perhatian sesiapa kerana selepas selesai tugas saya di acara tersebut saya terus pulang," katanya ketika dihubungi mStar.

Dalam pada itu, Meerqeen meluahkan rasa kesal apabila setiap tindakan dilakukan olehnya sentiasa dilihat tidak kena di mata netizen.

ARTIKEL BERKAITAN: Meerqeen lagi 'handsome' daripada Jin BTS, kedudukan Anna Jobling naik mendadak senarai 100 Selebriti Kacak dan Jelita 2023

ARTIKEL BERKAITAN: Laris! Meerqeen belum ambil cuti panjang, pulun habis semua 'job'... "Tahun depan boleh bertenang"

Malah, dia sendiri tidak tahu mengapa isu pakaian yang digayakan di acara tersebut turut mendapat perhatian ramai.

"Apa-apa yang saya buat sekarang ini semuanya salah. Saya tak tahu kenapa! Sekarang ini apa-apa yang saya buat ada sahaja yang tidak kena.

"Saya tidak tahu kenapa pakaian yang saya gayakan tempoh hari menjadi perbualan netizen juga," ujarnya.

Sebagai duta produk bagi jenama tersebut sudah tentu saya perlu memakai koleksi pakaian mereka.

MEERQEEN

PELAKON

Dalam perkembangan lain, pelakon drama Melur Untuk Firdaus itu berkongsi rasa bangga apabila berpeluang menimba pengalaman untuk bertemu dengan duta-duta jenama berkenaan dari seluruh dunia.

Menurut Meerqeen, ini kali pertama dia menghadiri pembukaan butik di Kuala Lumpur (KL) kerana sebelum ini dia lebih banyak menghadiri acara-acara di luar negara.

"Ini merupakan acara pembukaan butik pertama yang saya hadiri di KL. Sebelum ini antaranya saya ke butik mereka di Paris dan berpeluang beramah-mesra dengan duta-duta dari luar negara.

Meerqeen hadir bersama Mark Tuan di acara jenama antarabangsa tersebut.

Meerqeen hadir bersama Mark Tuan di acara jenama antarabangsa tersebut.

"Apabila berpeluang bersembang dengan antara individu terbaik dunia (artis luar negara), saya rasa seperti berada dalam kalangan mereka juga dan ia memberikan saya inspirasi untuk jadi lebih berjaya," katanya.

Sebelum ini, penampilan Meerqeen di acara pembukaan butik YSL di The Exchange TRX, Kuala Lumpur mendapat kecaman netizen apabila menyifatkan pakaian aktor berkenaan seperti wanita.

Meerqeen tampil dengan busana rona hitam bersama rekaan riben yang terdapat di bahagian dadanya.

Selain Meerqeen, acara tersebut turut dihadiri anggota kumpulan GOT7 iaitu Mark Tuan yang juga merupakan duta bagi jenama antarabangsa tersebut.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di WhatsApp, Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain