PELAKON Anna Jobling dan Meerqeen sekali lagi tersenarai sebagai 100 selebriti berwajah kacak dan jelita oleh TC Candler buat dua tahun berturut-turut. Anna atau Anna Ellisa Gustin Jobling Abdul Rahman, 25, menduduki kedudukan ke-66 dalam senarai Wanita Paling Jelita 2023 sekali gus menaiki 18 anak tangga berbanding tahun sebelumnya. Manakala Meerqeen atau Muhammad Shameer Shauqeen Shaiful Izam, 23, pula jatuh tujuh anak tangga dan berada pada kedudukan ke-62 bagi kategori lelaki. Timotthee Chalamet lelaki paling kacak 2023. Bagaimanapun kedua-dua pelakon Melur Untuk Firdaus itu berjaya menewaskan kedudukan beberapa nama besar termasuk bekas pemain bola sepak David Beckham ditempat ke-68 dan Jin kumpulan BTS (67). Aktres itu pula mendahului nama besar aktres terkenal Hollywood termasuk Margot Robbie yang berada ditempat ke-90 dan Emma Watson (83). ARTIKEL BERKAITAN: Meerqeen dan Anna Jobling lolos senarai 100 artis kacak, jelita TC Candler 2022 ARTIKEL BERKAITAN: Meerqeen kongsi video bersama Ameera di Paris, peminat petik nama Anna Jobling - "Mereka sudah putus ke?" Sementara itu, Lelaki Paling Kacak 2023 disandang oleh Timothee Chalamet manakala bagi kategori wanita pula milik penyanyi dan pelakon Nancy Jewel McDonie. Kedua-dua pelakon itu juga menjadi satu-satunya artis Malaysia yang lolos dalam senarai tersebut dan diumumkan menerusi laman web rasmi TC Candler pada 28 Disember lalu. Untuk rekod, anggota kumpulan Dolla iaitu Tabbu menjadi wakil tunggal Malaysia dalam senarai itu pada 2021 manakala Mira Filzah dan Fattah Amin pula tersenarai pada 2020. Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube TONTON VIDEO PILIHAN!