MAHU memberi kesenangan kepada ibunya antara hasrat ingin dicapai penyanyi Syada Amzah sempena menyambut kedatangan tahun 2024. Bagi Syada atau Nursyuhadah Amir Hamzah, 26, kesempatan menjaga ibunya iaitu Fauziah Sarman bagaikan satu rahmat yang mungkin tidak dapat dirasai oleh sesetengah pihak. Justeru baginya setiap apa dilakukan adalah dengan tujuan mahu melihat orang-orang yang disayanginya sentiasa gembira. "Hasrat 2024 nak bawa ibu dan saya keluar daripada kesusahan hidup. Bawa ibu berjalan-jalan, dekat pun tidak mengapa asalkan trip itu berbaloi untuk kami berdua. Syada bertuah dapat menjaga ibunya kerana tidak semua orang dapat merasai nikmat itu. "Allah beri peluang demi peluang pada Adah (Syada) untuk jaga ibu. Matlamat utama saya dalam hidup untuk menggembirakan orang yang saya sayang. Ibu sentiasa menjadi keutamaan saya," katanya menerusi Instagram. Bagi adik kepada Shila Amzah ini juga, dia tidak sanggup untuk berdepan situasi kehilangan ibu kesayangan suatu hari nanti. Malah kata Syada, dia berharap dia akan 'pergi' terlebih dahulu kerana tidak tahu apa akan berlaku sekiranya tanpa Fauziah di sisi. "Biarlah saya pergi dahulu sebelum ibu kerana saya tidak tahu apa yang apa akan berlaku tanpa ibu. ARTIKEL BERKAITAN: Tenang Syada jawab tuduhan iri hati kejayaan kakak, bukan cemburu tapi bangga dengan Shila Amzah ARTIKEL BERKAITAN: Banglo Shila Amzah dah kosong! Syada, keluarga selesai pindah rumah baharu... “Ibu ada mesej kakak” "Ibu adalah lubuk pahala dunia dan akhirat. Doa ibu tiada hijabnya, Semoga Adah dimurahkan rezeki dan sentiasa boleh belanja ibu makan serta pakaian," ujarnya. Sementara itu, Syada tidak lupa untuk meletakkan sasaran untuk kerjaya seninya terus berkembang sepanjang tahun ini. "Mahu lebih berjaya dalam apa jua bidang yang diceburi, keluarkan sekurang-kurangnya dua lagu baru. "Perbaiki ibadah, lebihkan bersedekah dan bantu orang yang lebih memerlukan," luahnya. Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube TONTON VIDEO PILIHAN!