suria

[V] Hamdan Senario kritikal, doktor syak berlaku kerosakan pada hati

Hamdan berada dalam keadaan kritikal dan tidak stabil.

SELEPAS dua hari ditidurkan di Hospital Sultanah Aminah Johor Bahru, keadaan pelawak Hamdan Senario dilaporkan kritikal susulan jangkitan dalam darah.

Anak perempuan Hamdan iaitu Nur Natasya Umairah, 20, memaklumkan bapanya akan menjalani pemeriksaan ultra bunyi bagi mengetahui jenis kuman dijangkitinya.

"Ayah masih belum sedar sejak semalam dan doktor memberitahu keadaannya kritikal dan masih belum stabil.

Natasya dan abangnya Syazreen menunggu Hamdan di hospital.

Natasya dan abangnya Syazreen menunggu Hamdan di hospital.

"Terkini kami diberitahu doktor akan melakukan ujian ultra bunyi bagi mengetahui jenis kuman yang dijangkiti ayah.

"Apabila mereka tahu jenis kuman tersebut, barulah boleh tahu ubat apa sesuai untuk diberikan kepadanya," katanya ketika dihubungi mStar pada Isnin.

Dalam pada itu, Natasya menjelaskan prosedur ultra bunyi itu juga dilakukan bagi mengetahui keadaan keseluruhan tubuh bapanya.

ARTIKEL BERKAITAN: Cirit-birit disangka keracunan makanan, Hamdan Senario ditidurkan akibat jangkitan kuman dalam darah

ARTIKEL BERKAITAN: Hamdan Senario enggan ke hospital fikir komitmen kerja, sempat tinggal pesan sebelum ditidurkan

Katanya, doktor turut mengesyaki terdapat kerosakan pada hati Hamdan namun keputusan sebenar hanya diketahui selalu melakukan ujian tersebut.

"Ultrasound ini juga dibuat bagi mengetahui keadaan hati ayah sebab doktor mendapati mungkin hatinya rosak.

"Prosedur itu juga dapat mengetahui keseluruhan tahap kesihatan ayah termasuk jantungnya," ujarnya.

Doktor akan melakukan ujian ultra bunyi bagi mengetahui jenis kuman yang dijangkiti ayah.

NUR NATASYA UMAIRAH

ANAK HAMDAN

Senario berada di Johor Bahru bagi mengadakan persembahan di Hotel Sentral bersama semua anggota asal termasuk Azlee, Wahid, Saiful Apek, Yasin dan Illya.

Pun begitu, pada malam Sabtu lalu Hamdan mengalami cirit-birit namun menyangka ia disebabkan keracunan makanan.

Selepas dibawa ke hospital untuk pemeriksaan, doktor memaklumkan pelawak itu mengalami jangkitan kuman dalam darah dan perlu ditidurkan.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain